Dalam gua itu diterangi oleh unggun api yang besar. Zahiril terpandang seorang lelaki tua sedang duduk bersalat di atas sebongkah batu besar. Walaupun rambutnya sudah beruban penuh, Zahiril mendapati tubuh lelaki itu masih tegap dan kuat. Janggut putih orang tua itu mencecah ke perutnya.
Zahiril memberi salam sebaik-baik sahaja orang tua itu selelsai menunaikan salat.
“Waalaikumsalam,” balas orang tua itu sambil menoleh ke arah Aidil.
“Bolehkan saya tumpang bermalam di dalam gua ini?” kata Aidil.
“Oh, sudah tentu boleh!” jawab lelaki tua itu. Zahiril merapati lelaki itu sambil mengulurkan tangannya untuk berjabat salam.
“Oh, anak ini sedang berburu rupanya,” balas lelaki tua itu. “Anak ini hendak berburu binatang-binatang yang aneh. Isteri anak mengidam, bukan?”
Zahiril mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Anak berehatlah dulu. Datuk akan cuba bantu nanti,” kata orang tua itu.
“Terima kasih, Tuk! Terima kasih!” ucap Zahiril . Setelah membersihkan dirinya dan menunaikan salat, Zahiril duduk berehat sambil bersembang-sembang dengan lelaki tua itu.
“Kalau anak hendak mencari pelanduk putih, hendaklah anak berjalan menuju ke arah matahari terbit esok. Jangan berbelok ke kiri atau ke kanan,” pesan orang tua itu sebelum mereka masuk tidur.
Esok pagi, Zahiril berangkat setelah bersalaman dengan lelaki tua itu. Zahiril telah mengikat pedangnya di pinggang dan menggalas busur dan anak panahnya. Dia tidak melupakan pesanan lelaki tua itu. Dia berjalan menuju ke arah matahari terbit. Sudah berjam-jam dia berjalan namun dia tidak menemukan seekor pelanduk putih, kijang putih atau rusa putih pun. Zahiril tidak berputus asa. Sewaktu matahari mulai condong ke barat, tiba-tiba seeekor pelanduk putih melintas di hadapannya.
Share this novel