BAB 3

Fanfiction Completed 560

“Ha, itu pun dia! Ada juga pelanduk putih dalam hutan ini,” bisik Zahiril dalam hatinya. Dia tersenyum lega. “Aku tidak boleh berlengah-lengah dan aku mesti menangkapnya.”
Dia mencepatkan langkahnya sambil matanya tertumpu ke arah kelibat pelanduk putih. Zahiril lalu membidik busuk dan anak panahnya lalu menghalakan ke arah pelanduk putih itu. Tiba-tiba, seekor ular tedung sebesar betis menerpa ke arahnya. Zahiril dengan lintang-pukang berlari menjauhkan dirinya. Setelah berapa langkah dia berlari, Zahiril berhenti lalu menoleh semua ke belakang untuk mmeastikan arah ular tedung itu berada. Dia melihat ular tedung itu sedang mengekori pelanduk itu.
“Ular tedung itu pengawal pelanduk putih itu, barangkali,” bisik Zahiril mengagak-agak sambil menghela nafas dengan kencang.
“Kalau begitu, aku mesti bunuh ular tedung itu dulu!” kata Zahiril sambil bersedia dengan anak panah di busurnya sewaktu dia melangkah maju. Dia terus melangkah dengan berhati-hati sambil mengacumkan anak panah ke ararh pelanduk itu. Ular tedung itu memanggung kapalanya dan bergerak pantas ke arah Zahiril . Kali ini Zahiril tidak melarikan dirinya. Dia melepaskan anak panahnya setelah dia pasti panahannya itu akan mengenai sasaran – ular tedung itu. Tidak lama kemudian, Zahiril mendapati ular tedung itu menggelupur sebaik-baik sahaja anak panahnya mengenai kepala ular tedung itu.
Sewaktu dia menoleh ke kiri, Zahiril mendapati pelanduk putih itu berlari susp-sasap han hilang tidak kelihatan lagi. Zahiril bertinjau-tinjau ke sana ke mari tetapi kelibat prlanduk putih itu sudah tidak kelihatan lagi.
Zahiril segera pulang ke gua dengan perasaan hampa.Dia menceritakan pengalamannya hari itu kepada lelaki tua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience