BAB 1

Romance Series 7139

Cuaca yang redup dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mendamaikan lagi Syafiqah yang sedang menikmati udara segar itu.
KRIIING!

“Alamak! Aku tak habis makan lagi, macam mana ni?”
Syafiqah terus mengambil sudu di atas pinggan lalu menyuapkan nasinya ke dalam mulut. 'Aduh, lambat dah ni. Nanti kena marah dengan Cikgu Amira.' desis Syafiqah. Siapa yang tak kenal Cikgu Amira, guru yang paling 'singa' diantara semua guru. Lambat sikit, rotan. Tak dengar arahan, rotan. Kelas kotor, rotan. Haih, memang padanlah dengan jawatannya sebagai guru disiplin.

Selepas habis makan, dia terus menuju ke kelasnya iaitu 4 Sains 1. Syafiqah sememangnya pelajar bijak. Dia menjadi kebanggaan dan harapan guru-gurunya.

'Fuh, nasib baik cikgu tak sampai lagi.' Syafiqah terus pergi di tempat sahabat baiknya yang sedang membaca buku.

“Wei, kenapa kau tak pergi kantin dengan aku tadi?” soal Syafiqah dengan nada marah yang sengaja dibuat-buat. Ternyata, lakonannya menarik perhatian Sakeena.

“Aku ada perjumpaan kelab tadi. Kalau aku bagitau nanti kau tunggu aku pula. Menyusahkan kau je. Sorry la.” terang Sakeena. Serba salah kot.

“Haha, aku saja jelah. Eh, kau tak bosan ke asyik belajar je?”

“Bosan tu bosanlah juga. Tapi kalau kau bosan, tu memang pelik. Kau ni dahlah Tokoh Pelajar Terbaik tingkatan 3 tahun lepas. Ish ish ish.” kata Sakeena.

“Aduh kau ni pokpeklah. ehh,Cikgu dah datanglah aku blah dulu.”

Syafiqah terus terjaga selepas mendengar deringan telefon bimbitnya. Syafiqah terus bangun lalu mencapai sehelai tuala. Dia berlalu pergi ke bilik air.

Usai menyikat rambutnya yang panjang, dia memeriksa WhatsAppnya untuk melihat kalau kalau ada mesej baru masuk.
'Nombor siapa ni? Tak kenal pun.' dalam tertanya tanya dia terus membuka mesej itu.

Ilham: Hai, aku Ilham. Kau Syafiqah kan? Jumpa. aku depan makmal sains lepas rehat. Okay?


Syafiqah: Kau siapa ni? Macam mana kau boleh kenal

aku dan tau nombor telefon aku?

Ilham: Kita kan satu sekolah, mestilah kenal. Aku

dari kelas 5 Sains 1. Aku dapat nombor

telefon kau dari Sakeena. Kau dengan dia kan

kawan.

Syafiqah: Aku tak kenal kau tapi aku akan jumpa kau.

Jumpa nanti.

Syafiqah menutup perbualan itu. Keluhan dilepaskan. 'Apalah yang mamat ni nak? Menyusahkan orang betul.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience