BAB 2

Romance Series 7139

'Alamak, aku dah lambat nak jumpa mamat tu pulakk!' getus hati Syafiqah di kantin lalu dia terus berlari menuju ke makmal. Sakeena yang makan nasi. ayam disebelahnya terpinga-pinga melihat Syafiqah terus meninggalkannya.

PANG!

“Syafiqah! Kamu ni lari laju-laju nak ke mana?” marah guru disiplin, Cikgu Amira. Mana tak marah, bila murid tiba-tiba melanggarnya. Boleh naik angin satu badan ni.

“Maaf cikgu, saya tak sengaja. Saya takkan buat lagi.” ujar Syafiqah takut-takut.

“Kalau kamu buat lagi, masuklah kamu dalam bilik saya.” kata Cikgu Amira lagi. Syafiqah terus kecut perut. Semua pelajar tahu, siapa yang dipanggil untuk ke bilik guru disiplin, pasti mendapat hadiah yang mantopp iaitu kesan lebam akibat rotan.

Apabila Syafiqah sampai di hadapan pintu makmal sains, dia mendapati ada seorang lelaki yang lebih tinggi daripadanya dan lagaknya seperti samseng sedang bersandar dia tepi pintu makmal.

“Kau Ilham ke?”

“Taklah, aku kawan dia. Dia ada tu hah dalam makmal tu. Tengah kemas alatan makmal.” terang si lelaki yang merupakan kawan Ilham.

“Wei, Arif. Budak perempuan tu datang ke belum?” tanya seorang lagi lelaki yang baru keluar dari makmal sains.

“Dah.” jawab Arif pendek.

'Wow! Pergh, handsome gile!! Macam manalah aku tak perasan yang dia memang ada kat sekolah ni?'

“Haloo” panggil Ilham sambil melambaikan tangannnya ke muka Syafiqah.

Lamunan Syafiqah terhenti. Dia tersenyum malu sambil mengucapkan kata maaf. Ilham tersenyum.

“Hah, kau nak apa ni?” soal Syafiqah.

“Jadi girlfriend aku. Boleh?” Syafiqah kaget.

Arif yang bersandar di dinding terkejut dengan pernyataan rakannya itu. 'Biar betul kawan aku ni?' desis Arif.

“Bro, kau ni biar betul.” kata Arif. Sesamseng-samseng Arif pun, dia tak pernah ada niat nak bercinta cintun ni.

Ilham buat-buat pekak.
“Tapi, bukan girlfriend betul. Berlakon aje. Aku cuma nak balas dendam dekat ex-girlfriend aku. Biar dia rasa apa yang aku rasa. Wahahah!” kata Ilham sambil gelak jahat.

Syafiqah dan Arif pula melihat Ilham dengan rasa jengkel. 'Mamat ni sewel ke?'

“Tapi, kau janganlah risau.. Aku ni orang kaya, mesti akan bayar upah kau sebab kau jadi pelakon upahan aku. Harganya sangat lumayan.”

'Wow, ni peluang. Lepas ni tak payah susahkan ibu asyik nak bagi duit belanja aku tiap-tiap bulan. Hehehe. Kembunglah dompet aku.' desis Syafiqah sambil tersenyum riang.

“Deal” kata Syafiqah sambil menghulurkan tangannya untuk membuat perjanjian.

Ilham tersenyum jahat. Dia terus berjabat tangan dengan Syafiqah sambil berkata, “Deal.”

“One more thing, kau jangan bagitau Sakeena pasal hal ni.” pesan Ilham.

“Baik bos!” kata Syafiqah sambil mengangkat tabik. Arif tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya melihat keletah budak form 4 yang cute plus cantik ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience