"Ilham, lepaskan aku! Aku boleh jalan lagi la!" marah Syafiqah.
"Boleh jalan konon. Jalan pun terhegeh-hegeh tadi. Kalah siput. Kalau dah sakit tu, buat la cara sakit. Tak payah berlagak kuat." kata Ilham tegas sebab dah tak tahan dengan suara Syafiqah yang memanggilnya dari tadi.
Muka Syafiqah mula memerah. Malu.Ada beberapa pelajar dan pak cik mak cik disitu melihat Ilham mengangkatnya.
"Malulah, gila! Aku nak turun. Biarkan aku jalan. Kau larilah dulu biar kau menang. Dah blah." Ilham senyap dan meruskan larian.
"Arghh.." keluh Syafiqah kerana kakinya semakin sakit sambil merehatkan dirinya diatas tangan Ilham yang mencempungnya.
"Kau okey tak?" soal Ilham. Risau juga dia mungkin dia terkuat mencengkam kaki Syafiqah. Syafiqah mengangguk. 'Huh.. biarlah malas aku nak tau asalkan aku sampai sekolah. Serius sakit gila ni.'
"Wei, turun!" panggil Ilham sambil menurunkan Syafiqah.
"Jom, kita nak sampai dah. Aku tolong papah. okey?" Syafiqah angguk kecil.
"Yeay! Kita orang kelima datang la!" ujar Ilham teruja.
"Auch.. kaki aku tengah sakit ni."
"Eh, lupa pulak. Cikgu, kawan saya ni dia jatuh waktu merentas desa tadi. Kaki dia luka." jelas Ilham kepada guru disitu.
"Oh, kamu bawak kawan kamu tu ke bilik sakit dulu ya." arah cikgu tadi.
"Pocot mak nyah!" latah Syafiqah. Ilham terkekeh-kekeh ketawa.
"Kurang asam punya kawan." kata Syafiqah apabila dia diterjah.
"Aip, aku bukan kawan kau. Aku bos kau la." kata Ilham mendabik dada. Syafiqah buat muka tak kisah.
"Ilham, thank you."
"For what?"
"Ish kau ni... Please lah.. Janganla jadi tok nenek. Takkanlah kau dah nyanyuk kot. Kan kau tolong angkat aku tadi." marah Syafiqah gaya makcik makcik.
"Ooo.. Aku ingat aku ingat." kata Ilham sambil tersenyum.
"Kau tak rehat ke?" tanya Syafiqah.
"Dah rehat dah tadi."
"Lepas kaki kau tu elok, kau akan jalankan tugas lain pulak. okey?" tambah Ilham lagi.
KRIK KRIK....
Ilham menoleh ke arah Syafiqah. Dilihatnya Syafiqah sedang melihat ke arah sawah padi yang masih hijau.
"Uut, teringat siapa tu... Boyfriend ke?" usik Ilham.
"Merepeklah. Aku mana ada boyfriend." terang Syafiqah.
"Ha, ni mesti fikir tentang artis korea yang kau minat kan... Perempuan kan suka sangat kpop ni..."
"Merapu pa? Aku tak minatlah kpop tu. Plastik." sangkal Syafiqah lagi.
"Ha.. mesti teringat......"
"Hish kau ni boleh diam tak? Aku nak ambil ketengangan dari bendang pun tak boleh." Syafiqah memintas.
"Ha? bendang?" Bendang tu pa?" Syafiqah tepuk dahi. Lupa pulak yang dia sekarang berada di Kuala Lumpur bukan di bahagian utara Malaysia.
"Bendang tu sawah padi ni la." terang Syafiqah.
"Dah tu, bendang tu bahasa apa?"
"Bendang tu bahasa orang utara la. Aku ni orang Kedah hang tau dak?" kata Syafiqah dengan loghat utaranya. Ilham punya mulut dah jadi bentuk O.
Share this novel