Syafiqah mendengus geram lalu mengambil telefon bimbitnya dengan kasar kerana tidur paginya diganggu.
Hai, morning. Misi kau bermula harini. Cepat
bersiap, aku tunggu kau depan pintu masuk
utama Mid Valley.
Huh, harini? Pleaselah hari ni cuti kot.
Siapa bos kau sekarang ni?? Kalau kau tak
datang dalam masa 30 minit, aku bayar
separuh dari gaji sebenar!
Adoii, yelah!!
'Kacau jelah mamat sewel ni! Ni hari Ahad kot. Kenapa pulak kena buat misi hari ni?? Menyusahkan betullah!!' desis Syafiqah
"Hai Ilham sorry la lambat sikit sesak tadi." terang Syafiqah.
"Ermm, aku tak kisah pun. Jomlah satgi terlepas pulak." ujar Ilham lalu menarik tangan Si Juliet.
"Okay sekarang ni kita kena jalan dulu. Kau kena pura-pura jadi girlfriend aku and buatlah gedik-gedik sikit bagi dia marah. Okay??"
"Okay jer. Asalkan dapat duit." kata Syafiqah sambil ketawa kecil.
"Hah, tu dia. Jom pergi butik yang dia pergi tu."
Seorang gadis di hadapan butik itu terlihat Ilham bersama dengan seorang gadis yang cantik. Dia agak terkejut namun dia bersangka baik. 'Mungkin perempuan tu adik sepupu dia kot.' desisnya lalu melangkah menuju ke tempat Ilham berdiri.
"Hai,dear... You buat apa kat sini?" tanyanya.
"Huh? Dear?" ucap Ilham seakan mengejek.
"Mestilah, you kan dear I.." jawab gadis itu meleret.
"Dear kepala otak kau!! Lepas kau keluar dengan jantan mana entah pastu kau panggil aku dear? That's a humor, Balqis?" tanya Ilham sambil tersenyum sinis.
Syafiqah terkejut dengan riak wajah Ilham. Mukanya seperti menyimpan rasa marah yang meluap-luap. Kerana takut, dia memperkemaskan lagi pautannya di lengan kanan Ilham.
"But darling.... Sorry, give me one more chance. Please dear.." ucap Balqis sambil melutut memegang kaki Ilham. Ilham pula menarik-narik kakinya daripada dipegang Balqis.
"Kau ni dah kenapa?! Ohh, lupa pula aku. Kau kan spesies yang tak tau malu sekejap keluar dengan jantan ni sekejap keluar dengan jantan tu.." kata Ilham sinis dengan suara yang lantang.
"Dahlah tu, jom kita pergi tempat lain.. Biarkan ja budak ni duduk kat sini.. Dia kan tak tau malu.." tambah Syafiqah. Ingin menambah perisa sakit hati untuk Balqis juga.
Balqis terkejut kerana Ilham memalukannya. Ramai orang melihat drama mereka. Ada yang tergelak. Ada jugak yang berbisik-bisik. Tidak kurang juga yang merakam aksi mereka. Tanpa berlengah, Balqis terus mengangkat kakinya berlari keluar dari pusat membeli belah itu.
"Seriusly, marah gila kau tadi."
"Takkan aku tak marah dekat orang yang curang dengan aku?" kata Ilham. Dadanya naik turun menahan amarah yang menggila.
"Rileks, bro.. Jom pergi makan. Misi kita berjaya kan?" tanya Syafiqah.
"Okay ja.. Jomlah makan." jawab Ilham yang kian tenang. Syafiqah pun menarik tangan Ilham ke sebuah restoran di situ.
Share this novel