HONK HONK!!!
"Woi mak cik hang!" latah Syafiqah. Yelah, mana tak terkejutnya, orang tengah jalan tiba tiba ada orang hon dari belakang. Apalagi, terperanjatlah dia. Syafiqah pandang belakang.
"Oh, ingatkan siapa tadi." kata Syafiqah sendiri.
"Sya, come in!" panggil seorang lelaki kacak bergaya. Siapa lagi, Encik Ilham kita lahh. Syafiqah pun terkedek kedeklah masuk ke dalam kereta hitam berkilat milik Ilham tu.
"Kenapa kau tak tunggu aku?" soal Ilham.
"Saja. Kau lah datang lambat. Ingatkan tak nak pergi U dengan aku dah." kata Syafiqah.
"Ops sorry ah. Aku bangun lambat pagi tadi. Semalam aku layan movie." kata Ilham.
"Okeyhlah whatever. Dah, cepatlah gerak. Nanti lambat pulak."
KRIK KRIK...
'Huih, dah 3 tahun dah aku kawan dengan Ilham. Macam tak percaya aje. Tak sangka aku akan rapat dengan Ilham sampai macam ni sekali.' desis Syafiqah. Dirinya mula terbang ke memori lama saat mereka berjumpa dan blablabla.
"Woit, budak. Kau berangan pe tuh?" soal Ilham sambil melalukan tangannya ke muka Syafiqah.
"Hah,hah? Apadia?"
"Kita dah sampai U dah makcik oii.." kata Ilham meleret tanda meluat dengan perangai makcik seekor ni.
"Oh ya ka? Okeyh okeyh let's go." kata Syafiqah dan terus keluar dari kereta.
"Ih budak ni. Blah macam tu je." Ilham terus keluar untuk kejar Syafiqah yang berjalan laju.
"Tunggu ah." panggil Ilham seraya berlari anak ke arah Syafiqah. Syafiqah tak layan pun Ilham tu.
Secocok,sesuai dan sepadan. Itulah yang akan dikata oleh para pelajar universiti bila Syafiqah dan Ilham bergandingan. Ramai jugak yang dok mengorat Syafiqah. Ilham pun sama jugak asyik kena ngorat aje. Tapi tulah, tak dilayan.
Sebab tu lah mereka berdua dianggap berkapel. Walaupun asyik di ship kan, namun mereka berdua tak ambil pusing.
Bak kata Syafiqah, "Biarlah orang nak kata apa pun.. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang mana boleh tutup. So, biarkan je, tak ada apaapa bahaya pon kalau mereka gosip pasal kita."
Bak kata Ilham pula, "My life is mine, your life is yours. So, I do my bussiness. You do your own bussiness."
"Hish budak ni. Tunggulah." kata Ilham. Dia terus mencubit pipi Syafiqah.
"Adoi! Sakitlah gila." kata Syafiqah sambil mengusap pipinya yang merah tu.
"Hah, tulah. Sapa suruh tak tunggu aku." kata Ilham selamba.
"Adoi! Sakit dowh.. Kau ni orang ke ketam hah?" kata Ilham apabila Syafiqah mencubit lengannya.
"Ha.. tulah.. Sapa suruh cubit pipi orang." kata Syafiqah memulangkan buah paku keras.
"Hmm, yelah.. Sorry.." kata Ilham sambil buat muka menyampah.
"Sorry tak di accept." kata Syafiqah.
"Astu? Nak wat apa?" soal Ilham.
"Belanjalah aku 2 3 bukunovel dengan donat harini. Boleh tak?" kata Syafiqah sambil buat muka comel.
"Hmm.. boleh jer.. Dah, jom masuk kelas. Satgi sir marah.. Dahlah tua.. suka marah orang, bertambah tuanya." omel Ilham.
"Aip, mana boleh kutuk cikgu.. Ilmu tak berkat la." kata Syafiqah.
"Oo, ok.. Tak kutuk dah. Sorry sorry." kata Ilham sambil membuat tangan gaya nak ikrar.
Share this novel