"Hai, Sya. Kau pergi mana sabtu ahad minggu lepas? Kenapa kita tak pergi joging kat taman macan selalu?" soal Sakeena di sekolah.
"Erk, aku... ermm, aku...."
"Aku apa?!" sergah Sakeena.
"Aku kerja part time dengan Ilham." kata Syafiqah dalam satu nafas akibat terkejut.
"Owh, patutlah dia minta nombor telefon kau.."
"Aku tau dah. Tapi, kan aku dah kata, jangan bagi sesiapa pun dapat nombor aku."
"Hehe, aku lupa lah... Lagipun, dia hensem sangat. Ingatkan dia nak tackle kau. Sebab tu la aku bagi. Hehe..Sorry.." Sakeena buat muka comel.
"Hek eleh, aku tak cair lah!" kata Syafiqah.
"Eh, kau buat part time apa?" tanya Sakeena sambil buat muka serius.
"Aku part time jadi bibik la.." Sakeena tergelak. Syafiqah jeling tajam ke arahnya tapi dalam hati, gelak sakan bila kawannya kena tipu hidup-hidup.
"Okey lah tu jadi bibik daripada kau, hmm satu kerja apa pun tak ada." ujar Syafiqah.
"Aku ada kerjalah." nafi Sakeena.
"Kerja apa?"
"Kerja jaga adik aku kat rumah."
"Tu bukan kerja.. tu tanggungjawab.. Kau dapat gaji ke?" tanya Syafiqah. Tidak mahu kalah.
"Erm, tak pulak.. hehe"
"Haa, aku menang!! Yeayy!!" Sakeena jeling Syafiqah.
Ilham: Hi, what are you doing now?
Syafiqah: Nothing. Tengah layan lagu aje. Kau?
Ilham: Aku tengah mesej dengan kau.
Syafiqah: Erm whateverlahh.. Nak tanya sikit ni.
Ilham: Apadia?
Syafiqah: Kau lari laju kan?
Ilham: Laju la jugak tapi ada orang lagi laju dari aku la. Kenapa?
Syafiqah: Waktu merentas desa minggu lepas aku lari dengan kau tau. Mana tau, boleh menang...
Ilham: Amboi, ambil kesempatan nampakk
Syafiqah: Alaaa... Tak boleh ke??
Ilham: Hurm yelahh.. Whatever aku tak kisah. Tapi kalau aku laju aku tinggal kau tau.
Syafiqah: Hurm, yelahh...
"Keena, kau nak lari dengan siapa waktu merentas desa nanti?" tanya Syafiqah.
"Aku lari dengan Ita. Kenapa? Kau nak lari dengan aku ke?"
"Tak, saja ja aku tanya. Kot lah kau nak lari dengan aku."
"Kau lari dengan siapa pulak, Sya?" soal Sakeena.
"Aku lari sorang sorang je sebab kalau lari berpartner, jadi lambat nanti. Hehe." ujar Syafiqah.
"Urmm, okey."
(MERENTAS DESA)
"Wei, Ilham! Tunggu aku!" panggil Syafiqah tercungap cungap tak cukup oksigen. Ilham pun pandang belakang. Nampak Syafiqah tengah menghilangkan lelah. Dia mengeluh. 'Kalau macam ni, bila nak menang?' desisnya.
"Cepatlah, Sya. Nanti lambat aku dengan kau kalah." kata Ilham. Syafiqah pun terus berlari ke arah Ilham. Tiba-tiba dia tersadung batu dan terjatuh. Ilham terkejut lalu pergi ke arah Syafiqah.
"Kau okey ke? Sakit tak? Nak aku cakap kat cikgu?"
"Ish kau ni. Banyak tanya pulak. Mestilah sakit. Tapi tak apa, aku boleh jalan lagi." kata Syafiqah yang menggagahkan diri untuk bangun. Ilham membantunya.
Apabila sudah bangun, dia cuba berjalan tapi pergerakannya sangat lambat. Tanpa berlengah, Ilham terus mengangkat Syafiqah. Dia terus berlari tanpa menghiraukan Syafiqah. 'Nasib baik dah hampir dengan sekolah.' bisik hatinya.
"Eh, Ilham! Turunkan aku!!" arah Syafiqah sambil memukul-mukul tangan Ilham. Namun, usahanya gagal apabila Ilham tak hiraukan Syafiqah.
Share this novel