3. Kena Marah

Romance Completed 354714

Setelah dipastikan semua kereta milik keluarga kawan-kawannya sudah berlalu pergi, Myra dengan pantas berjalan masuk ke dalam kereta itu. Muka Tuan Rumah tidak dipandang. Takut gila wey!

Kereta terus berundur ke belakang. Berlalu keluar dari perkarangan Mahallah Ruqayyah. Muka Tuan Rumah masih tak dipandang. Tunggu masa dia meletup je ni. 'Entah apa dibebelkan kejap lagi. Aduhaii, kenapa lah tak biar je. Dah selamat sampai kot ni'.

Dalam fikirannya, dia mula berkira-kira hujah untuk mempertahankan diri. Hujung baju kurungnya sudah dipintal-pintal berulang kali. Habis berkedut seribu jadinya.

"Jammed lah pulak jalannya. Punca marah lah semua ni" Bebel Tuan Rumah.
Haaa sudah, dah mula dah. Selepas ini bebelan kepada Myra pasti menyusul. 'Istighfar banyak-banyak My. Kau bakal syahid ditembak bebelan Tuan Rumah' Nakal suara hatinya ketawa mempersendakan dirinya.

"Why Myra?" Hampir terkeluar jantung Myra mendengar soalan itu.

"Err, why what?" Tanya Myra kembali, pura-pura tak faham, padahal mencuri masa agar hatinya bisa bertenang.

"I told you I'll send you" Senada sahaja suaranya. Belum naik lagi.

"Ingatkan kerja. Sebab pagi tadi kereta tak ada" Phewww, keluar juga ayatnya.

"Dah cakap kan nanti hantar. Belum lambat lagi pun tadi. Pukul berapa keluar rumah?" Soalnya lagi. Masih belum naik suaranya.

"Err, 7.15"

"Naik kereta, setengah jam je dah sampai. Please don't do it next time. Cincin mana?" Tanya Tuan Rumah.

Pap! Terasa kering tekaknya. Tangan kirinya dipandang. Cincin nikah tiada disitu. Sengaja tidak dipakai, tidak mahu orang bertanya status dirinya nanti.

"Errr, tertinggal kat rumah" Jawab Myra.

"Hujung minggu ni I'll fetch you. Balik rumah" Bukan ayat penyata, tapi ayat perintah.

"Tapi Sabtu dan Ahad nanti ada tour bangunan kuliah. Ahad kena register subjek" Terang Myra.

"I'll fetch you on Saturday and Sunday morning I'll send you back here" Masih senada suara Tuan Rumah.

Apasal tak marah-marah lagi ni? Selalunya marah macam nak tercabut anak tekak. Ke sudah disahkan ada darah tinggi jadi menahan diri dari marah?

Kereta itu sudah memasuki perkarangan Giant Batu Caves. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Myra membuka pintu. Namun tangan kanannya direntap lembut oleh Tuan Rumah. Pergerakan Myra terhenti, tangannya ditarik semula. Cuba melepaskan diri. Namun Tuan Rumah lebih kuat menggenggam.

"Lepas ni jangan buat apa-apa sendiri. Apa-apa beritahu je. You're a big girl now. A woman. A wife. Patutnya dah cukup matang. Tak larat dah nak marah-marah. Sampai bila nak kena marah je?" Tangan Myra dilepaskan. Suaranya masih begitu. Tenang dan senada. Menimbulkan perasaan hairan pulak pada Myra.

Myra menarik tangannya. Kali ni Tuan Rumah melepaskan sahaja. Mereka berjalan beriringan meninggalkan perkarangan parkir kereta mahu masuk ke Giant.

" Ryzal..."

Terima kasih followers baru :) Nice having all of you around. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience