2. Hi Sir

Romance Completed 354714

Harrier hitam itu meluncur laju ke Mahallah Ruqayyah. Meskipun sudah ditegah oleh Myra dari hadir kesini, dia mengambil pendekatan untuk persetankan sahaja SMS itu. 30 minit sahaja dari Puchong ke Gombak memandangkan jalan yang lengang, lebih pendek jaraknya dari melalui MRR2, dan yaa, kelajuan keretanya sementelah pedal minyak ditekan sehabis boleh.

Melepas geram dijalan raya!

Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor telefon Myra dihubungi. Kali ketiga barulah dijawab. Tercungap-cungap Myra menjawab telefon.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Kat mana? Kenapa tadi tak jawab call?"

"Tadi tengah angkat beg. Naik tangga. Tingkat 4" Nafasnya masih tercungap. Penat oiii, tadi pun naik turun tangga.

"Ada dah kat bawah ni. Tempat parking" Myra menjenguk kebawah dari laluan koridor tingkat 4. Kelihatan Harrier hitam yang biasa dilihat dirumah.

Dahinya ditepuk. Alamak, kalau orang nampak macam mana?

"Err, tunggu kejaplah. Nak masuk bilik. Periksa apa yang patut dulu" Myra yang tahu sikap Tuan Rumah yang tidak suka menunggu tu, sengaja melengahkan masa. Dengan harapan Tuan Rumah itu malas menunggu dan segera balik.

"Okay, dah siap terus turun. I'll wait for you here" Ciss, jawapan Tuan Rumah adalah sebaliknya pulak. Talian diputuskan.

Dari tingkat atas dapat Myra lihat Tuan Rumah sudah keluar dari kereta. Berpakaian kemas seluar hitam dan baju kemeja kerja berwarna biru muda yang dilipat hampir kesiku. Ngam dengan kulitnya yang cerah tu. Dia duduk di satu bangku konkrit yang disediakan.

'Balik jelah Tuan Rumah oiii. Kat sini ramai kawan-kawan akulah'

"Haaa Myra, intai apa?" Sentak Iqah.

Myra yang terperanjat terus menggeleng. Di Blok F ini hanya dia dan Iqah sahaja. Itu pun ditingkat 4, yang lain ada yang di Blok C, D dan E.

"Iqah nak keluar dengan family. Nak pergi makan. Myra nak ikut tak?" Pelawa Iqah.

"Tak rasanya, My nak rehat. Nak susun barang lagi. Malam ni mula program Taaruf dah kan?"
Myra menolak pelawaan Iqah.

"Haaa tulah. Tapi mama cakap beli stok makanan kering sikit. Dorang pun nak makan sama sebelum balik Melaka nanti. Kalau macam tu Iqah pergi dulu lah. Kalau Myra nak kirim apa-apa, SMS je eh?" Iqah segera berlalu turun kebawah.

Manakala Myra membuka pintu biliknya bersama 3 orang rakan sebilik yang lain yang semestinya adalah senior.

" Assalamualaikum"

Salam diberi walaupun bilik itu kosong. Terdapat 4 kompartmen dalam bilik itu. Setiap satu dilengkapi katil, tilam, meja dan kerusi belajar, loker baju serta rak dinding untuk buku.

Not bad! Harap selesa lah. Dalam kepalanya dia mula mencongak barang yang perlu diberi. Bantal, baldi, cadar serta sedikit keperluan mencuci baju.

Nun dibawah sana, Tuan Rumah itu ditegur oleh bekas pelajarnya.

"Eh hai sir. Sir buat apa kat sini?" Tegur Nazneen.

Tuan Rumah hanya tersenyum kelat. Adehh, lupa!
Dia segera bangun menyalami lelaki yang dirasa merupakan ayah pelajarnya.

"Assalamualaikum. Dah lama sampai? Dari mana?" Tanya Tuan Rumah.

"Waalaikumussalam. Dah, pagi tadi lagi cikgu. Kami dari Kelantan ni. Malam tadi bertolak, pagi ni sampai. Kejap lagi nak balik dah. Tak boleh lama-lama, mahal pulak kena bayar sewa van tu" Jawab ayah Nazneen.

"Bukan cikgu lah abah. Ni kami panggil sir. Cikgu tu kat sekolah" Bentak Nazneen kepada ayahnya.

"Mana abah tahu. Asal mengajar, cikgu lah tu" Jawab ayah Nazneen.

"Tak apa panggil apa-apa pun" Jawab Tuan Rumah pendek. Dia memang begitu. Tak banyak cakap. Dingin. Tapi mampu menghangatkan cinta dihati Nazneen. Ewahhh!

Happy reading! Terima kasih kepada followers baru kerana sudi membaca dan follow N :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience