4. Mak Cik Gedik dan Tukang Bayar

Romance Completed 354714

Troli ditolak perlahan. Selepas Ryzal si Tuan Rumah ditegur oleh seorang wanita yang dibahasakan Myra sebagai mak cik gedik kerana bahasa badannya meliuk lintuk mengalahkan ulat bulu, mereka terus bersembang. Malas menjadi tunggul dan tiang lampu diantara mereka berdua, Myra terus sahaja melangkah masuk ke dalam Giant.

Troli diambil dan dia mula mencari satu-persatu barang yang ingin dibeli. 3 biji bantal, baldi, cadar, gayung, sabun dan pelembut kain, serta beberapa fail dan kertas bersaiz A4. Tisu muka jenama Giant juga diletak dalam troli. Kemudian Myra berjalan kearah snek ringan dan biskut-biskut. Satu persatu ditilik.

Orang yang jenis tak makan biskut, tapi nak beli biskut sebab takut lapar waktu malam. Tak tahu nak pilih mana satu. End up, dikembungkan pipinya sahaja, keluhan berat dilepaskan, tanda protes tak tahu nak pilih mana satu biskut. Baru sahaja nak tolak troli, 2 tin biskut Jacob's Wholemeal diletakkan dalam troli. Susu low fat kotak kecil juga sedozen. Siapa punya kerja lagi kalau bukan si Tuan Rumah.

"Yang ni sihat sikit" Ucapnya.

Myra diam sahaja. Walaupun kelihatan seperti mood Ryzal baik sikit dan kurang dingin, Myra tetap tidak berani membalas kata-katanya. Lain sangat Ryzal hari ni dengan sebelum-sebelum ni.

Walaupun hampir sebulan dia terkurung dirumah selepas tamat pengajian Asasi UIAM di Nilai, ruangnya terhad kepada bilik tidur ditingkat bawah dan tandas berdekatan ruangan dapur. Malas nak bertentang mata dengan Ryzal. Segala pesanan juga hanya dikirim melalui SMS.

Walaupun Asasi cuti, Ryzal tidak cuti. Ohh lupa nak beritahu. Ryzal adalah salah seorang dari tenaga pengajar di pusat asasi itu. Dia berulang alik dari Puchong ke Nilai. Adakalanya Puchong ke Petaling Jaya. Jadi walaupun asasi cuti, Ryzal masih lagi bekerja. Buat apa cuti-cuti? Entah. Tak pernah nak ambil tahu.

Teringat semester 1 sewaktu dia mula belajar di asasi. Ryzal adalah salah seorang pensyarahnya. Heiii seram betul kelas tu. Ada sahaja ulah Ryzal mempermainkan dia. Salah sebut namanya lah. Panggil untuk jawab soalan tak payah cakap, memang dia lah nama pertama yang akan dipanggil.

"Huih, berangan apa?" Serentak itu terasa tepukan dibahu kanannya. Eh ini dah lebihhh! Main tepuk-tepuk sentuh-sentuh pulak sekarang ni.

Myra terus sahaja menolak trolinya. Serasanya sudah tiada apa-apa lagi yang tertinggal. Dia terus sahaja berjalan kearah kaunter pembayaran.

Ryzal lebih pantas mendahuluinya. Meletak segala barang yang diambil ke atas kaunter. Sebaik sahaja jumlah terpapar, pantas pula dia membayarnya.

Ini benar-benar menghairankan! Apa dah jadi pada Ryzal si Tuan Rumah ni?

Hai followers baru. Terima kasih kerana membaca :) Kepada sekalian pembaca, Terima kasih untuk sokongan anda. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience