1. Bertemu Kembali

Romance Completed 354714

Setelah berhempas pulas menaiki bas Rapid KL dari Puchong Perdana ke KL Sentral, kemudian menaiki LRT dari KL Sentral ke Terminal Putra, seterusnya ditamatkan dengan perjalanan menaiki teksi terus ke pejabat Mahallah Ruqayyah.

Penat!
Telefon bimbit dikeluarkan. Satu SMS dihantar kepada Syafiqah.

Aimyra : Aslkm, U dh smpai? Ad kt mna?

*Delivered*

Bergema bunyi lagu Lollipop dari kumpulan K-Pop Big Bang dan 2NE1 menandakan ada SMS baru diterima.

Iqah : I dh smpai. Ad dpn blok f mcm dlm surat. Cme I'll wt 4 u hr.

Sebaik SMS itu dibaca, dia mengarahkan pemandu teksi untuk mencari Blok F. 2 3 pusingan dilakukan barulah mereka tiba dihadapan Blok F yang terletak agak terkebelakang dan menghadap hutan yang telah dipagar bagi mengelakkan haiwan liar masuk ke kawasan hostel itu.

Myra membayar tambang dan segera keluar dari teksi. Bagasinya disorong perlahan mencari kelibat Syafiqah.

"You, sini sini" Teriak Syafiqah serta melambai ke arah Myra. Deretan kereta dikawasan parkir menyukarkan pemandangannya mencari Iqah. Mujur Iqah menjerit memanggilnya.

"Eh you datang sorang je ke? Mana family you?" Tanya Iqah. Lehernya dipanjangkan mencari kelibat keluarga Myra.

"Ha ah I sorang je. Family I tak dapat datang" Terang Myra. Wanita disebelah Iqah dilihat. Mesti mama Iqah ni. Dia menghulur tangan menyalami tangan mama Iqah.

"Oh, tak apalah. Kita kena pergi daftar hostel dulu ni. Tinggal je barang you dekat sini, my mum tengokkan nanti" Iqah menarik tangan Myra.

Mereka bersama rakan-rakan yang lain sama-sama berjalan menuju ke bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran hostel yang dikenali sebagai Mahallah Ruqayyah itu. Jaraknya hanya 500-600 meter dari Blok F.

Sedang berjalan, kedengaran bunyi lagu Lollipop itu lagi. Menandakan ada SMS yang diterima. Dapat diagak siapa penghantarnya. Myra mengeluarkan telefon bimbit Sony Ericsson K770i yang berwarna ungu itu. SMS dari manusia yang disimpan namanya sebagai Tuan Rumah.

Tuan Rumah : Whre r u?

Myra : Dh smpai hostel. Tgh dftar.

Tuan Rumah : Y didnt u wait 4 me?

Myra : I tot u didnt want 2 cm.

Membaca SMS dari Myra tu, terasa mendidih darahnya. Hampir 2 tahun, begitulah perangai Myra. Buat semuanya sendiri. Diam-diam. Tahu-tahu dah siap.

Ada dirumah pun senyap sahaja bagai tak ada peneman. Lebih senang melepak dalam biliknya sahaja ditingkat bawah.

Tuan Rumah : I'm coming now. Wait 4 me.

Myra diam sahaja tidak membalas.

"Myra, your turn" Serentak itu juga terasa senggolan dari siku Iqah di lengannya.

Myra hanya mengangguk. Dokumen yang diminta petugas dikaunter itu diberi semuanya. Dalam diam hatinya berharap agar Tuan Rumah itu menghantar SMS lain membatalkan kedatangannya ke sini.

'Or, maybe aku kot yang kena cakap kat dia tak payah datang?' Desis hati Myra. Sebaik selesai urusannya mendaftar dan kunci berada ditangan, dia mengeluarkan telefonnya dan menghantar SMS kepada Tuan Rumah.

Myra : No need. All done!

Hai semua. Terima kasih kepada semua yang sudi baca dan follow N :) Yang ada facebook boleh add N. Search je nama Novelette Np. N terlebih dahulu mohon maaf atas segala short cut yang N guna sebab dulu-dulu masa guna SMS memang guna short cut sebab nak jimat kredit. Awas, cerita ini juga menggunakan bahasa rojak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience