Prolog

Romance Completed 354714

2 Disember 2009

Nurul Aimyra, 19. Hari ini adalah hari untuk dia mendaftar sebagai pelajar ijazah sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Gombak setelah setahun setengah belajar di Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia di Nilai.

Segala dokumen yang diperlukan sudah disiapkan dalam satu fail beserta salinan sekiranya diperlukan oleh pihak universiti. Beg berisi pakaian serta sedikit kelengkapan harian sudah diperiksa dan di zip berhati-hati.

Beg tangannya merangkap beg ke kuliah nanti disangkut ke bahu. Bilik tidur diperhati sepintas lalu. Segalanya sudah dikemaskan sebelum ditinggal.

'Bye-bye bilik. Bye-bye Spongebob.
Entah bila My nak balik ambik Spongebob. Sepanjang study ni My duduk hostel je sebab tak ada pengangkutan. Waaaa, mesti My rindu Spongebob nanti. Sorry My tak bawak awak. Beg My tak cukup ruang dah'

Bagasi ditarik perlahan keluar dari bilik. Diintai ruang tamu dan dapur mencari kelibat tuan rumah. Tiada. Telinga dipicing mendengar kalau-kalau ada bunyi dari tingkat atas. Pun tiada.

Pintu rumah dibuka. Kereta tiada. Sah, dia kerja ni. Okey, line clear. Pintu dikunci dan diperiksa berkali. Pagar juga begitu. Aimyra berjalan ke jalan utama untuk ke perhentian bas. Dari Puchong ke Gombak, hampir 2 jam juga jika menaiki kenderaan awam. Jadi dia harus cepat. Jika terlepas bas, dia akan menunggu lebih lama.

Peluh mula merenik didahi. Tisu dikeluarkan dari beg nya. Sambil dia berjalan, kepalanya menyenaraikan keperluan yang perlu dibeli sebaik selesai urusan pendaftaran nanti. Jam dikerling. 7.15 pagi.

Share this novel

Nur Izzah Kamal
2023-11-08 07:54:55 

bl no update blik. tertggu2 ni.

scarlet blue
2021-03-15 13:55:29 

Tq N.. Suke storyline u nie... Keep writing dear.. Make ur dream happen...

Eizan Samsul
2021-02-25 16:17:18 

smpai 66 je ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience