5. Taat

Romance Completed 354714

Sampai sahaja di Mahallah Ruqayyah, Ryzal singgah disurau Mahallah Ruqayyah dahulu.

"Solat dulu, jom!" Ajak Ryzal.

"Telekung kat bilik" Balas Myra.

"Sini pun ada telekung. Jom, tak elok lambat-lambatkan solat"

Hampir jatuh rahang Myra. 'Seriuslah ni Ryzal si Tuan Rumah? Mesra macam ni? Banyak cakap macam ni? Dah tersampuk ke apa ni?'

Langkah diatur lambat-lambat. Myra paling tak suka menggunakan telekung orang apatah lagi disediakan secara umum sebegitu. Tapi memandangkan Ryzal bersungguh mengajak, dia mengikut sahaja.

Kang kalau bangkang netizen labelkan dia isteri derhaka dari neraka pulak XD

15 minit kemudian, Myra melangkah ke arah kereta. Ryzal sudah siap sedia menunggu dalam kereta. Myra membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta.

"Ada nak beli apa-apa dekat kiosk?" Tunjuk Ryzal pada kiosk tempat keretanya berhenti. Myra cuma menggeleng tanda tiada.

"Makan?" Tanya Ryzal lagi.

"Tadi dah makan. Kenyang lagi" Jawab Myra.

"Okey, so nak balik bilik terus?" Tanya Ryzal.

Myra cuma mengangguk.

"Okey, balik bilik then!" Ucap Ryzal.

"Eh kejap, mana tahu Blok F? Tadi awal-awal sampai terus datang Blok F?" Tanya Myra.

"I saw it the other day dekat surat tu" Jawab Ryzal pendek. Kereta dipandu menghala ke Blok F.

Selesai menurunkan semua barang yang dibeli dan diletakkan di perkarangan Blok F, Myra membuka pintu kereta semula untuk mengambil beg tangannya.

"Terima kasih sebab bawak pergi beli barang, bayarkan barang, makan, lepas tu hantar balik hostel semula" Ucap Myra, bersedia mahu menutup pintu, namun tindakannya terhenti gara-gara apa yang ditanya oleh Ryzal.

"Tak nak salam suami dulu?" Tangan dihulur ke arah Myra. Myra yang tersentak, terus bulat matanya memandang tangan Ryzal, kemudian wajahnya. Ryzal hanya mengukir senyuman manis.

Pergh cair siot. Selama 1 tahun lebih, hampir 2 tahun bernikah, rasanya hanya beberapa kali dia pernah lihat Ryzal tersenyum. Itu pun untuk orang lain. Tapi yang ni, yang ni memang Ryzal senyum untuk dia.

'Ya Allah aku mimpi ke ni?' Jerit Myra tapi sekadar dalam hati. Air liur ditelan perlahan. Gigil tangannya mahu menyalami Ryzal.

"Kena ke? Tak biasalah" Ish, dasar mulut suka melawan. Tak nak beri kerjasama. Bikin rosak ana punya program.

"Tak biasa tu lah kena dibiasakan" Jawab Ryzal, masih tersenyum lagi.

Tangan Ryzal disambut perlahan. Automatik juga, tangan itu dicium. Ada juga Ryzal selitkan duit belanja ditangan Myra.

"Duit belanja"

Perasaannya pelik. Tapi tenang itu ada juga.

"My pergi dulu" Wajahnya terasa panas.

"Ni tak nak bawak?" Tanya Ryzal sambil menghulur satu beg kertas. Tertanya-tanya, namun disambut juga.

"Eh Spongebob. Terima kasih banyak-banyak. Hmmm, My pergi dulu. Terima kasih. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Take care" Jawab Ryzal.

Welcome followers baru :) Happy reading everyone :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience