BAB 1

Romance Completed 27498

“Tahniah.”

“Tahniah, Tasha.” Seorang lagi mengucapkan tahniah padanya. Tasha tersenyum lebar. Majlis pameran itu berjalan dengan lancar. Ramai yang mengunjunginya.

“Cik Tasha. Boleh saya tanya beberapa soalan?” Sapa seorang wartawan yang ada disitu.

“Boleh saja.”

” Kenapa kesemua koleksi novel Cik Tasha banyak yang berunsurkan seram?”

“Sebab saya sebenarnya amat mengemari cerita sebegini. Lagipun, idea saya tak pernah habis untuk membuat cerita unsur-unsur itu. Tetapi, didalam novel saya yang akan datang ini, saya cuba lari sedikit daripada genre kegemaran ini”

“Oh begitu, cerita apakah itu? Boleh ceritakan sedikit?”

“Novel itu masih lagi dalam proses, mengenai sukar duka kehidupan seorang remaja perempuan menghadapi kehidupannya yang penuh ranjau, itu sahaja lah yang dapat saya beritahu.”

“Baiklah, sejak bila Cik Tasha mula menulis ya.”

“Sebenarnya, pada mulanya ceritanya begini. ” Tasha menceritakan semuanya pada wartawan itu. Sementara itu, terdapat seorang wanita cantik yang berkulit putih, berambut panjang memerhatikan Tasha dengan pandangan tajam dari jauh. Tak puas hati. Wanita itu berlalu meninggalkan Tasha yang sibuk ditemuramah wartawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience