BAB 2

Romance Completed 27498

“Macam mana dengan pameran kau semalam?” Tanya Zurin, sahabat karib Tasha.

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Rugi kau tak datang tau.”

“Kau pun tahu aku ni busy orangnya. Lain kali aku datang ya? Promise!”

Tasha tersenyum. Setelah puas berborak, Tasha masuk ke kamarnya. Menyambung cerita barunya. Tasha menghidupkan lampu mejanya. Mematikan lampu kamarnya. Memang itulah kegemarannya sewaktu mengarang. Hanya ditemani lampu meja. Mudah mendapat ilham, dan kerana itu jugalah dia berkaca mata. Tasha mula mengambil pena dan kertasnya.

Dibacanya perenggan yang mahu disambungnya. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu dibelakangnya. Meniup lehernya. Tasha tersentak. Tak sedap hati. Hanya dia yang tidur dikamar itu, tiada siapa. Tasha terus berkarya, tak diperdulikan semua itu, mungkin hanya perasaannya sahaja.

Keesokkannya, sewaktu Tasha dan Zurin keluar untuk membeli barangan dapur, Tasha bagai terasa ada orang yang mengekorinya.

“Kau tak rasa macam ada orang ikut kita ke?” Tasha bertanya kecurigaannya.

“Tak ada lah, perasaan kau je tu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience