BAB 6

Romance Completed 27498

“Macam mana keadaan dia, doktor?”

“Pesakit mungkin alami tekanan yang amat dasyat sekali. Apa yang dah terjadi pada dia?”

“Dia seorang novelis yang paling laris, semua ceritanya dapat sambutan hangat, tetapi sejak kebelakangan ini, setiap cerita yang dia tulis, akan berlaku pada dia. Pen yang dia tulis, seakan menulis sendiri malapetaka yang berlaku dalam cerita itu, seterusnya terus terjadi pada dia. Sebab itu lah, dia …”

Zurin tak terdaya menyebut perkataan itu. Matanya sayu memandang ke arah rakan baiknya yang terlantar di katil pesakit dengan tangan kanannya berbalut tanpa pergelangan tangan. Kudung.

“Cik diharapkan banyak bawa bersabar, bila keadaan Cik Tasha sudah sembuh sepenuhnya, dia boleh keluar hospital.”

“Terima kasih, doktor.” Doktor lelaki itu pun berlalu.

Sebaik sahaja doktor itu beredar, air muka Zurin terus berubah, dia tersenyum sinis. Topeng baiknya bagai telah dicampak jauh. Dia memandang Tasha diluar bilik pesakit itu, mengintai tajam Tasha dari tingkap. Hatinya puas melihat Tasha yang terlantar disitu. Mahu sahaja dia tertawa disitu juga.

Zurin pulang ke rumahnya. Zurin memasuki kamar Tasha, melihat barangan Tasha yang berselerak dengan darah yang bertaburan. Jijik rasanya melihat semua itu. Zurin membetulkan bingkai gambar Tasha yang jatuh di atas meja tulisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience