BAB 7

Romance Completed 27498

Zurin mengambil keratan utusan akbar yang tertampal di papan tanda Tasha. Jelas terpampang tajuk besarnya, ‘Pameran buku terbesar berjalan lancar’. Zurin meneliti temuramah yang terkandung didalam akbar itu.

Tasha : Sebenarnya, pada mulanya ceritanya begini, rakan saya yang mengajak saya untuk memasuki sebuah pertandingan untuk penulis-penulis di tanah air ini, daripada bimbingannya yang lebih berpengalaman, telah membuatkan saya terpilih untuk menjadi penulis tetap disebuah syarikat yang saya kerja sekarang. Tanpa dia, saya tak akan mampu buat pameran sebesar ini.

Metro : Siapakah rakan baik Cik Tasha?

Tasha : Namanya Zurin Fika. Dia juga adalah penulis yang terkenal dan juga rakan karib seumur hidup saya.

Kening Zurin berkedut, amarah dihatinya membara.

” Pameran itu sepatutnya milik aku! Bukan kau!!!” Zurin mengoyakkan akbar itu sehingga memijak-mijak serpihan yang dilantai itu bagai disampuk.

” Kau memang bawa sial! Tangan kau memang layak kudung!!” Zurin yang berkulit putih itu menyelakkan rambut panjangnya yang kusut itu dan meludah ke arah akbar itu, melepaskan geramnya, lalu beredar dari kamar itu.

****

Sehari selepas pameran novel Tasha..

“Tok, saya akan bayar berapa banyak yang tok mahu asalkan tok boleh buatkan perempuan ini berhenti menulis seumur hidup.”

Wanita berkulit putih dan berambut panjang itu berkata pada seorang tok bomoh yang berada di pondok buruk itu sambil menghulurkan gambar penuh Tasha. Tok bomoh itu tertawa sinis. Dihirisnya limau sambil mulutnya terkumat kamit membaca mentera. Gambar Tasha dijampi dengan kemenyan yang didepan mereka.

“Kau rasakan lah, Tasha. Jangan harap kau boleh tangani novel aku lepas ni. Kau memang sahabat yang paling baik dalam dunia ni.” Cetus hati wanita itu sambil tertawa puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience