BAB 4

Romance Completed 27498

“Jangan cari aku lagi! Perempuan kotor! Kita putus!”

Talian dimatikan. Tasha tersentak. Terpaku bagai tak bernyawa. Baru semalam dirinya diratah binatang durjana, kini dia ditinggalkan kekasih yang selalu dipujanya. Tasha cuba menghubungi keluargaanya yang berada di Terengganu, pun begitu. Dalam sekelip mata, Tasha bagai dibuang.

Tasha membuka helaian kertasnya, membaca keseluruhan cerita itu. Sama seperti yang dia alami. Tasha menjerit sekuat hati, dia mengoyakkan kesemua kertas itu.

Menolak kesemua yang ada diatas meja itu. Dia mengambil pena kegemaran yang selalu memberi ilham padanya, dicampak pada dinding sekuat hati, dakwat pena yang didalam botol itu dibaling sekuat-kuatnya. Biliknya berkusai, dengan serpihan kertas dan dakwat pena yang berterabur.

“Aaaahhrrgghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Zurin yang baru sahaja pulang dari kerja memasuki rumah itu tersentak mendengar Tasha menjerit dari dalam kamarnya. Zurin mengetuk pintu kamar Tasha. Menjerit-jerit nama sahabat karibnya. Tasha membuka pintu. Keadaanya tak teratur,rambutnya serabut, matanya bengkak, mulutnya mengigil. Tasha memeluk dirinya, menahan tangisannya.

“Ya allah, Tasha! Apa dah jadi ni?!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience