BAB 5

Romance Completed 27499

“Zu, aku nak berhenti menulis.”

Fikiran Tasha kosong, jiwanya menerima tamparan hebat setelah apa yang berlaku padanya. Mereka duduk di ruang tamu itu. Zurin mengeluh melihat keadaan sahabatnya itu. Segala yang berlaku telah dicerita pada Zurin, Zurin simpati dengan apa yang menimpa dirinya. Tasha memeluk kakinya. Keadaannya serabut. Air mata yang mengalir, tak pernah kering.

“Sha, releks la, mungkin semua ni kebetulan, benda kita tak dapat nak agak.”

“Tapi, semua yang aku tulis, semua jadi dekat aku! Kau faham tak?! Aku diperkosa, Reza tinggalkan aku sebab tu, family aku pun pulaukan aku, aku dah tak ada siapa! Aku dah tak ada siapa! Sama macam dalam cerita tu!!” Jerit Tasha. Tangisannya makin menjadi-jadi.

“Kau masih ada aku. Macam ni la, esok kita pergi berubat ok.”

“Tak ada guna, tangan aku ni, bila pegang pen tu, dia akan tulis sendiri, apa sahaja yang tertulis, akan jadi kenyataan! Aku dah tak sanggup, Zu! Aku dah tak sanggup!!!” Kata Tasha sambil menarik-narik rambutnya.

Dirinya sudah tak teratur. Air mata Tasha terus curah-curah melimpah. Tasha memandang tangannya.

“Aku patut potong tangan ni, baru semua ni tak akan jadi, baru aku tak boleh pegang pen jahanam tu!” Tasha bagai sudah hilang daya pemikirannya.

Dia berlari ke dapur mengambil parang lalu dibawa ke kamarnya. Zurin cuba menghalangnya, tetapi ditolak keras sehingga tersungkur. Tasha masuk dan mengunci pintu dari dalam. Zurin mengetuk-ngetuk daun kamar Tasha berulang-ulang kali.

“Tasha, buka pintu! Tasha! Jangan buat benda bodoh! Tasha! Tashaaaa!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience