BAB 6

Romance Completed 3111

"Makcik kau tu biasalah dia. Mana pernah merungut. Dia tahan aje. Tapi malu jugaklah dia dengan orang kampung dia. Lagipun Alang dah berubah dah, Rina. Selama ni dia yang jaga Makcik kau tu. Mak bersyukur jugaklah ada juga anak Makcik tu jadi 'orang'. Harapnya Achik pun berubah jadi baiklah lepas ni." balas ibu lagi.

"Alhamdulillah. Betullah tu, Mak. Nanti bolehlah kita pergi sekali melawat Makcik lepas Kakak bersalin. Lama sangat tak nampak muka dia. Lastjumpa masa Kakak kahwin itu hari. " Nerina memberikan cadangan kepada ibunya dan ibunya angguk tanda setuju. Nerina berdoa pada Allah supaya Achik berubah selepas terima hukuman sebegitu dari Allah.

Nerina juga sudah memaafkan perbuatan Achik padanya selama ini dan dia menganggap semuanya berakhir disitu tanpa ada sesiapa tahu. Satu perkara yang Nerina tidak pernah tahu adalah segala penderitaan yang ditanggung isterinya, Baharin menyimpannya dengan senyap. Dia tidak pernah membangkitkan isu itu kerana dia tahu isterinya hanyalah seorang mangsa. Dan dia tahu Nerina menyayanginya sepenuh hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience