BAB 3

Romance Completed 3111

Baharin mula mengesyaki sesuatu ke atas isterinya apabila setiap kali ajak bersama, Nerina seringkali menolak dengan pelbagai alasan. Baharin tidak memarahinya akan tetapi rasa ada tidak kena. Pernah sekali apabila Baharin mengajak Nerina untuk bersamanya, Nerina buat muka penuh kebingungan. Seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Baharin pula tidak mempersoalkan perbuatan isterinya itu. Mungkin masih baru usia perkahwinan mereka dan isterinya tidak biasa.

Nerina membuka diarinya lalu mencatat apa yang berlaku sepanjang hari dia ingat.

Aku Nerina. Kini aku sudah sah bergelar isteri kepada abang tempat aku kerja, Baharin. Suami aku baik-baik sahaja. Cuma aku masih malu dengan suami aku sendiri. Aku tidak biasa dengan orang baru. Setiap kali aku bangun tidur mesti dia ada di sebelah. Mula-mula memang aku tidak biasa. Tetapi mungkin lama-kelamaan aku akan terbiasa. Lelaki itu sudah berani menghantar mesej kepada dia. Aku benci dia.

Kenapa dia tak habis ganggu hidup aku? Bukankah aku sudah tampar dan tendang dia, masih belum cukup lagi? Lelaki seperti apakah itu? Aku masih tidak mampu untuk membahagiakan suami aku. Aku takut. Aku tidak sanggup. Aku takut dia tahu. Apa semua ini Ya Allah? Aku mohon perlindungan dari Engkau. Kukuhkanlah pernikahan aku dengan suamiku ini, Ya Allah. Jauhkanlah kami dari fitnah.

Baharin secara tidak sengaja membaca diari isterinya. Dia tertarik untuk mengetahui isi yang terkandung dalam buku berwarna merah itu. Baharin tersentak membaca baris demi baris ayat yang dicatat oleh Nerina. Entah mengapa dia merasakan Nerina seperti dianiaya oleh seseorang.

Nerina sudah tidak tahan dengan perangai sepupunya lalu dia mengambil sikap terburu-buru dengan menghantar mesej kepada Achik mahu berjumpanya. Sedang Nerina sibuk bersiap diri untuk keluar pada pagi itu, Baharin curi membaca mesej isterinya dihantar kepada seseorang. Baharin mengekori isterinya dari belakang tanpa Nerina tahu gerak-gerinya diperhati oleh suaminya. Tujuan dia mahu berjumpa Achik hanya mahu menamatkan masalah yang telah lama berlarutan itu. Kali ini Nerina betul-betul mahu 'basuh' Achik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience