BAB 2

Romance Completed 3111

"Entah. Budak mana entah. Silap nombor kot." Baharin menunjukkan mesej itu kepada Nerina. Berkerut dahi Nerina membaca mesej itu. Dia sudah dapat mengagak dari siapa mesej itu datang.

Nombor itu ialah nombor yang sama yang mengganggunya selepas Nerina menukar nombor yang baru tempoh hari.

"Rina kenal nombor ni?" Tanya Baharin lagi selepas melihat lama Nerina merenung mesej di telefonnya. Nerina menggeleng tanda tidak tahu.

"Hemm. Ingat tahu tadi. Renung lama sangat macam dari kekasih lama.Hee.." Baharin bergurau dengan isterinya. Nerina tahu Baharin bergurau dengannya saja dia menjeling ke arah suaminya.

"Lawak sangatlah tu. Dahlah. Malas nak layan abang." Nerina merajuk. Malam itu Nerina tidur tidak nyenyak memikirkan kenapa Achik sering ganggu hidupnya. Dia tidak pernah ganggu hidup lelaki itu, kenapa pula lelaki itu mahu mengganggu hidupnya. Malam itu Nerina tidur penuh dengan persoalan. Baharin pula sudah mimpi pergi ke mana pun tidak diketahui.

Masuk ini sudah 15 kali Baharin mendapat mesej berbaur ugutan daripada nombor tidak dikenalinya itu. Sudah beberapa kali juga dia cuba mendail nombor itu. Namun tidak berjawab. Baharin sudah naik bosan dan mula merasakan ada yang tidak kena pada sesuatu perkara. Hal ini berlaku selepas dia sah menjadi suami kepada Nerina. Entah mengapa dia merasakan semua ini berpunca daripada Nerina.

Baharin juga berfikir rasional pada mulanya. Akan tetapi hal ini berlarutan selama sebulan mereka menjadi suami isteri. Pernah juga dia terfikir untuk bertanya hal ini kepada Nerina. Tetapi tidak sampai hati pula Baharin mahu melukakan hati isterinya dengan pertanya yang sensitif itu.

Jadi dia mengambil sikap mendiamkan diri. Balik dari kerja, Baharin langsung ke bilik lagi satu memulakan penyiasatan. Baharin kasihan juga dengan nasib Nerina kerana orang lain selepas berkahwin pergi berbulan madu atau pergi bercuti meraikan pernikahan mereka tetapi setelah sebulan sah bergelar isterinya, Nerina tidak merasa semua itu. Nerina juga telah berhenti bekerja di kedai mereka selepas berkahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience