BAB 4

Romance Completed 3111

"Kau nak apa sebenarnya Achik? Selama ni hidup aku terganggu sebab ingat kisah silam aku. Kau pernah tahu? Tak pernah kan. Sebab apa? Sebab aku nak lupakan perbuatan kaju yang sengaja terhadap aku dulu. Selama ini aku berdiamkan diri saja memandangkan aku fikir hubungan kekeluargaan yang kita ada. Tapi kau tak pernah fikir semua tu.

Pernah kau fikir suatu hari kau akan kahwin kemudian ada orang cerita kisah silam kau dekat isteri kau kelak. Masa tu kau bahagia dengan isteri kau, tiba-tiba ada orang luar ganggu perkahwinan kau. Apa kau rasa. Walhal dalam hal aku ni yang salahnya adalah kau. Kau pelaku, dan aku hanyalah mangsa.

Dengan perbuatan kau ini kau seperti membuka aib kau sendiri. Pernah kau terfikir jika abang Baharin tahu peristiwa kau cuba mencabul aku dulu, dan jika abang Baharin menyebelahi aku dan ya aku yakin abang Baharin tidak sebodoh kau, dia menyuruh aku buka kes itu semula kepada pihak polis, kau yang akan meringkuk dalam penjara. Pernah kau terfikir itu semua?

Kau tak kasihankah dengan Makcik ada anak perangai buruk macam kau. Kasihanlah sikit dekat mak kau tu, Achik. Dia yang mengandung dan melahirkan kau. Lepas tu kau buat perkara hina ni. Jadilah anak yang buat mak ayah kau bangga sikit, Achik," Nerina menangis setelah selesai dia menghabiskan ayatnya. Dia kuatkan semangat supaya tidak nampak lemah di hadapan lelaki itu.

Dia bersyukur pada Allah kerana diberikan kekuatan untuk mengajar Achik. Achik diam membisukan diri. Dia hilang kata-kata. Dalam matanya melilau melihat keadaan sekeliling, dia ternampak kelibat Baharin di belakang Nerina. Baharin juga tidak menyorokkan dirinya, dia membiarkan Achik tahu kehadiran dia. Achik yang ketakutan meninggalkan Nerina sendirian di kedai itu.

Baharin terkejut mengetahui sejarah silam isterinya. Sungguh kuat semangat Nerina menyimpan kisah seberat itu dan dia tanggung seorang diri. Dalam pada itu dia juga berbangga yang isterinya tidak pernah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang isteri. Hari itu saja Baharin mengambil cuti untuk membuat kejutan kepada isterinya.

Nerina juga menghantar mesej kepada suaminya bahawa dia akan balik lewat sedikit kerana mahu pergi ke rumah ibu bapanya. Mahu berehat sebentar katanya. Untuk meyakinkan suaminya, dia menyuruh Tikah bercakap dengan suami tanda dia benar-benar ada di rumah ibu bapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience