BAB 5

Romance Completed 3111

Sampai sahaja di rumah, Nerina terkejut suaminya memberi kejutan istimewa buat dirinya.

"Apa ni, Abang?" Nerina terharu mengalirkan air mata apabila melihat kuntuman bunga ros merah yang dileraikan di atas lantai bersama sepotong kek strawberi kegemarannya di tangan suaminya.

" Untuk Rinalah. Nah. Abang minta maaf sebab abaikan Rina selama ni. Saja nak tengok Rina sayang Abang ke tidak.Surprise..!" Baharin menghadiahkan kucupan di kedua pipi Nerina. Nerina yang pelik dengan alasan suaminya hanya mampu senyum gembira melihat suaminya kembali ceria dan tidak dingin seperti selalu.

Nerina memanjatkan rasa bersyukur pada Allah kerana menghadiahkan dia memori ini. Dia tidak akan lupakan kenangan indah yang Allah hadiahkan ini dan mencatatkan segalanya di dalam diarinya.

Sejak dari hari itu, Achik sudah tidak lagi menghantar mesej kepada Baharin atau mengganggu dirinya. Nerina jugak sudah lama tidak dengar cerita Achik setelah hari itu berlalu. Akhir dia dengar, ibunya pernah memberitahu Nerina bahawa Achik di masukkan ke dalam penjara atas tuduhan jenayah yang dilakukannya.

"Dia buat apa mak, samapi masuk penjara?" Tanya Nerina sambil memotong bawang masak di dapur ibunya. Masuk bulan ketujuh Nerina mengandung barulah dia boleh turun ke dapur menolong ibunya memasak di dapur setelah melepasi alahan mengandung yang teruk.

"Katanya mencuri. Bukan sikit dia curi duit tu Kakak. Banyak. RM 2000. Entah dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu pun tak tahu. Dia kata dia kena fitnah, kawan dia yang buat. Tak tahulah Mak. Nasib dialah berkawan dengan orang macam tu." terang ibunya panjang lebar.

"Tu Makcik macam mana? Dia sihat tak? Lama tak tengok dia." Tiba-tiba dia kasihan dengan ibu saudaranya itu. Bermacam dugaan dia perlu tanggung selepas anak sulungnya buat hal. Tapi Nerina tahu Makcinya kuat dan tabah hadapi ujian Allah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience