BAB 1

Romance Completed 3111

Hubungan Baharin dan Nerina menjadi dingin setelah Baharin mengesyaki sesuatu terhadap isterinya.

Nerina sendiri tidak tahu mengapa tingkahlaku suaminya berubah selepas sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Ada saja tidak kena apabila Nerina cuba berbaik dengan suaminya.

Suaminya seperti menghindarinya setiap kali Nerina cuba mendekatinya.

Sebulan yang lalu...

Selesai proses akad nikah berlangsung, terpancar sinar kebahagiaan pada wajah kedua pengantin baru itu. Mereka saling bersalaman tanda sah sebagai suami isteri.

Jumlah tetamu yang hadir pada hari pernikahan mereka juga melebihi jumlah undangan. Walaupun menggunakan khidmat katering, keletihan ahli keluarga yang lain melayan tetamu jelas kelihatan apabila saudara-mara Nerina menghulurkan bantuan dimana pinggan-mangkuk tidak mencukupi.

Ramai sanak saudara mahu mengenali ahli keluarga baru mereka iaitu Baharin. Baharin juga tidak betah melayan kerenah anak-anak saudara dan sepupu Nerina yang lain.

Selesai berkemas peralatan dapur rumah Nerina, Baharin mendapat mesej dari nombor tidak dikenali.

Kau belum tahu siapa dia sebenar. Kau akan menyesal selepas kau dapat tahu.

Baharin mengabaikan mesej itu. Dia menganggap itu kerja budak nakal yang tidak berniat jahat. Lagipun Baharin yakin Nerina bukanlah perempuan tidak elok.

"Siapa tu abang?" Tanya Nerina selepas mendapati suaminya mendapat mesej dari seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience