Episode 2:The Lost Aura?

Fantasy Series 1349

Tiba-tiba seekor musang berekor sembilan muncul di hadapan kami dengan saiz dua kali ganda lebih besar dari kami. Aku dan kawan aku tergamam. Musang itu berdengus kasar pada kami.

Inikah haiwan buas yang dikatakan? Ia bukan haiwan buas! Ia adalah Lost Aura yang kehilangan tuannya, tak semua orang dapat mengawal kuasanya yang kuat. Ramai yang hilang kawalan lalu mati kerana Lost Aura bukan sebarangan spirit beast. Ya, musang ekor sembilan atau digelar Ninetail Demon Beast adalah spirit beast yang sukar dikawal dan jarang ditemui.

Aku dan kawan aku terpaku melihatnya, sekali lagi dia merengus. Kali ini dia mendekatkan mukanya pada aku, buat aku kaku tidak dapat bergerak. "Lost... Aura?" Ujarku seorang diri dengan nada perlahan. Tetapi ia dapat mendengar suara aku kerana dia dari tadi berdengus.

Aku tak tahu kenapa, tapi ia... seolah sedang marah. "Kau! Siapa kau? Kenapa... muka kau dan aura kau sama seperti 'dia'?" Soalnya dengan nada garau membuatkan aku tersentak.

" 'Di-Dia'...?" Hatiku mula berteka-teki, siapa 'dia' yang ia maksudkan?

"Apa... maksud kau dengan 'dia'?" Soalku balik, aku tersentak apabila Zane secara tiba-tiba menarik lenganku ke belakang dan Cattlyne berada di hadapan aku. Aku menoleh ke arahnya dengan pandangan 'kenapa?' Soalan aku sekadar dijawab dengan gelengan kepalanya, yang membawa maksud 'jangan'.

Cattlyne pula merenungnya dengan tajam. "Korang pulak siapa ha?! Kampung ini milik aku! Tak ada sesiapa dibenarkan menjejak kaki ke sini!" Bentaknya sambil menghentak kakinya sehingga tanah merekah.

Entah dari mana datangnya keberanian aku, aku merentap lenganku yang dipegang oleh Zane. Dia tersentak dengan tindakan aku lantas merenung aku dengan tajam. Tetapi aku tak endahkan malah kaki aku perlahan-lahan mendekatinya ia sedang berang.

"Raz!" Tegur Cattlyne terkejut dengan tindakan aku, aku hanya mengetap gigi dan aku berhenti betul-betul di hadapannya. Tanganku perlahan-lahan diangkat dan cuba mengusap kepalanya, dia mendengus sambil berundur sedikit dari aku.

"Aku.... Tak tahu kenapa tapi, aku dapat rasakan kau sedang marahkan seseorang bukan? Siapa 'dia' yang kau cuba maksudkan dan kenapa kau serang penduduk kampung ini?" Soalku sambil merenung tepat ke anak matanya.

Dia mengetap gigi menampakkan gigi taringnya yang tajam tetapi aku tidak gerun melihatnya. "Kau ingat aku sekejam ini ke untuk membunuh orang yang tidak bersalah?!" Bentaknya sambil membalas renungan aku. Tanpa aku sedar aku mengukir senyuman.

"Bertenang kami bukan musuh, dan aku pasti ada sesuatu yang berlaku sebelum ini bukan?" Ujarku dengan tenang, dia mendiamkan diri seketika.

"Siapa kau sebenarnya? Aura kau sama seperti tuan aku. Jangan-jangan kau... dari keluarga Ókami, aura kau sama seperti tuan aku." Jelasnya membuatkan aku berkerut dahi, bukan kerana hairan tapi.... soalannya membuatkan aku buntu sedangkan aku langsung tak ingat apa-apa tentang latar belakang aku.

Aku mengeluh berat, kawan aku pula sudah berdiri di sebelah kiri dan kanan aku sambil berpeluk tubuh. Soalannya membuatkan aku rasa pening. "..."

Aku mengigit bawah bibir aku sehingga berdarah sambil menunduk memandang tanah, soalannya sungguh berat bagi aku. Zane yang melihat keadaan aku sebegitu terus membengis.

"Hoi! Musang tua! Kau siapa nak tanya begitu pada dia?!" Bentak Zane, aku terus memegang lengannya dari terus mara ke hadapan, dia menoleh ke arah aku dengan pandangan tidak puas hati. Sekadar gelengan kepala menjadi jawapan aku tanda biarkan sahaja.

Zane merengus tidak puas hati. Begitu juga dengan musang itu, mereka berbalas pandangan mata yang tajam. Aku mengeluh. Cattlyne sekadar mendiamkan diri sambil memegang busurnya dengan erat.

"Kau memang hajat nak mati ke budak?!" Bidasnya bersama urat di dahinya, Zane juga tidak kurang juga mula menumbuk-numbuk tangan sendiri.

"Bertenanglah.... Sebenarnya aku langsung tak ingat apa-apa tentang silam aku." Jujurku ingin meleraikan pergaduhan mereka, tetapi kata-kata aku tidak dilayan malah mereka terus berguling-guling di atas tanah membalas tumbukan.

"Kau yang cari pasal dulu musang tua!"

"Kau siapa nak panggil aku tua ha budak?! Aku baru 200 tahun!"

"Tualah juga musang tak sedar diri!"

"Kau! Aku akan jadikan kau makan malam aku nanti!"

"Aaarggh!! Aku cincang kau musang tua! Siap kau aku cincang kau!"

Cattlyne yang melihat pergaduhan itu menepuk dahi. Aduhai.... Macam budak-budak!

Aku tayang muka blur, "hoi! Hoi!"

Kali ini aku pula menepuk dahi melihatnya.

"Dasar musang gila!"

"Kaulah gila manusia lemah!!'

"Aku serigala lah musang lembap!!"

"Aaarggh!! Aku tak kira! Aku akan makan kau!!"

"Kau ingat kau takut ke ha?!"

Kali ini giliran aku pula timbul urat di dahi melihatnya. Hish! Macam budak-budak lah diorang ini!

"Hoi! Diamlah!"

Aku terus belasah mereka cukup-cukup tanpa belas kasihan, akhir sekali aku ikat mereka guna tali yang kukuh supaya tidak dapat larikan diri. Badan mereka pula lebam-lebam sebab di belasah aku tadi. Hah padan muka! Tadi tak nak dengar cakap!

Aku berdiri di hadapan sambil menyilangkan tangan ke dada bersama senyuman yang puas. "Nak gaduh lagi?~" Soalku dengan nada lembut tetapi berbaur mengancam.

Terus digeleng kepala mereka. Hahaha! Tahu takut! Cattlyne sudah menekup mulut menahan tawanya dari meletus. Aku sekadar menghela nafas, apabila melihat mereka kembali tenang barulah aku rungkaikan ikatan tali di tubuh mereka.

Walaupun sudah dilepaskan dalam diam mereka berbalas jelingan tajam, nak gaduh takut kena pelengkung lagi. Ceh! Macamlah aku tak perasan.

Tiba-tiba musang itu mengecilkan dirinya lalu menggesel kepalanya ke kaki aku. Saiznya sekarang sebesar anak kucing. Aku berkerut dahi hairan.

''Aku mahu kau jadi tuan aku. Tolong benarkan aku jadi tuan kau, aura dan rupa kau hampir sama seperti tuan aku dulu." Pintanya bersama matanya yang sengaja di bulatkan meminta simpati. Aduhai..... ni yang tak boleh ini tengok mata dia tu, kesian pulak!

Aku menggosok belakang leher sambil cuba melarikan anak mata ke arah lain. Cattlyne pulak sudah melihatnya dengan mata bersinar-sinar.

"Wah~ Comelnya~ Hihihi.... Jom main!" Kata Cattlyne dengan selamba mendukung nya sambil memeluknya dengan erat. Dia mula menggeliat cuba melepaskan diri. Hahaha.... Dah macam bantal peluk pulak aku tengok Cattlyne peluk dia.

"Oi! Oi! Lepaslah! Woi!"

Aku sekadar memerhati sahaja. Pfft...! Aku dengan Zane sudah menekup mulut menahan ketawa. Kesian....

"Hoi! Tolonglah!"

"Pfft!"

"Kitorang tengah tolonglah ini."

"Tolong gelakkan kau! Muahahaha!!' Sambung Zane lalu ketawa terbahak-bahak. Apa? Kira tolonglah ini kan? Tolong gelakkan dia, hahaha! Dia mula buat 'died glare' apabila kitorang gelakkan dia. Cattlyne pula tak sudah-sudah cium lepas tu peluk dia dengan mata bersinar-sinar.

Nasib kaulah.... Kitorang kat tepi tolong gelakkan je. Dia gigit Cattlyne sehingga Cattlyne lepaskan dia. Lepas itu apa lagi lagi? Larilah! Cattlyne pulak kejar dia dari belakang.

"Berhenti kejar akulah!"

"Oh~ Jomlah main musang comel!"

"Woi! Tolonglah!"

"Hihihi~ Kenapa lari? Tak best lah main lari-lari~"

Aku dengan Zane duduk tepi sambil makan popcorn, jangan tanya dari mana kitorang dapat popcorn ini. 'Rancangan' ini tak boleh dilepaskan. Muahahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience