Tiga hari berlalu dengan pantas, malam itu Razyle dan kawannya masih bermalam di dalam hutan kerana mereka mahu mencari misi lain. Walaupun Zane dan Kitsuki masih bergaduh tetapi mereka tetap mula menerima sesama sendiri.
Mereka telah tidur bersama malam yang semakin larut ditelan masa. Bunyi cengkerik yang bersahut-sahutan memecahkan suasana sunyi. Di dalam khemah, Razyle sekejap mengetap gigi kemudian kepalanya digeleng perlahan seolah bermimpi ngeri.
- - -
(Di dalam mimpi)
Aku memerhatikan keadaan di sekeliling, semua orang sedang berkerumunan bersama beberapa pemuda lelaki. Di dalam jaring perangkap itu pula kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki dan seekor serigala putih sedang meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Apa yang berlaku sebenarnya ini? Aku bingung. Apabila aku perhatikan dengan betul, aku tergamam kerana budak yang terperangkap dalam jaring itu. Mukanya sama seperti aku.
Maknanya.... Ini memori aku? Ah! Baru aku perasan keadaan ini sama seperti aku masuk ke kampung yang pertama kali aku jumpa Kitsuki. Cuma sekarang, ia lebih jelas berbanding tempoh hari.
Aku mengemam bibir sambil memerhatikan keadaan itu, mereka dipisahkan secara paksa. Mereka meronta-ronta ingin melepaskan diri. "Leon!! Razor!!"
"Leon!! Moon!!"
"Aargh!! Lepaskan aku! Lepaskan! Razor!! Moon!!" Jeritnya bersama air mata yang bergenang, "bunuh mereka! Mereka tidak layak hidup!!" Sahut penduduk kampung itu.
Aku tergamam dan mula cemas apabila salah seorang dari mereka mengeluarkan pisau dan ingin menikam budak serigala itu. Aku ingin menghalang tetapi hampa, ia hanya... bayangan...
Tikamannya tepat ke dada budak itu lalu dia rebah ke tanah. Sekali lagi aku tergamam, aku mencengkam bahagian dada aku. Tikaman itu... berada di tempat yang sama...
Dia mengumam sesuatu tanpa suara tetapi aku dapat menangkapnya. "Maaf Leon. Maaf Moon. Aku tak dapat bersama korang lagi, maaf abang. Aku sudah anggap kau seperti abang sendiri, terima kasih untuk semuanya."
Gumamnya bersama darah yang mengalir keluar dari mulutnya, matanya perlahan-lahan tertutup. Aku tergamam mendengarnya. Hati aku tiba-tiba terasa panas.
"RAZOOORRR!!!"
Aku mengalihkan pandangan pada kanak-kanak lelaki itu, dia menunduk sambil menangis. Orang di sekeliling hanya tergelak dengan sinis melihatnya, hati aku semakin panas melihat keadaan ini.
Aku tersentak apabila melihat dia mengetap gigi dengan kuat, matanya yang biru berubah campuran hijau dan merah. Suasana turut berubah!
Angin bertiup dengan kencang, kilat sambar-menyambar di langit. Rambutnya berubah hitam, di belakang tubuh badannya mula muncul sayap hitam. Aura gelap jelas terasa hingga membuatkan aku mengigil.
Dia.... Dia demon?!
Dia membunuh mereka tanpa belas kasihan, ada yang badan terbelah dua, ada yang sampai berkecai kepala dan kepala terpisah dari tubuh badan. Mukanya beku tetapi air matanya tidak berhenti mengalir.
Dia berhenti seketika beberapa langkah di belakang aku. Aku hanya mampu memerhati kerana ia hanya bayangan, aku tak mampu buat apa-apa. Dia menggenggam erat pedangnya, aku perasan pedangnya mengigil.
"I hate human!"
Aku tersentak mendengar suaranya, penuh kebencian dan kemarahan. "Go die already! I hate human! Human are selfish!!"
Jeritnya bersama kilat yang semakin galak menyambar. "I HATE HUMAN!!!"
- - -
"Aaarggh!!"
Aku terus bangun dari tidur dengan nafas tercungap-cungap bagai tidak cukup udara. Wajahku diraup kasar, kata-katanya masih terngiang-ngiang di dalam kepala walaupun ia hanya mimpi.
Tapi aku tak rasa ini mimpi sebab ia terasa sangat nyata. Kali ini aku dapat ingat dan lihatnya dengan jelas. Aku menoleh ke sebelah kanan aku, Zane masih nyenyak tidur walaupun aku menjerit tadi.
Nasib baik dia jenis tidur mati. Aku menghela nafas lega. Kemudian aku teringat nama yang mereka jerit tadi. Entah kenapa aku rasa yakin yang nama sebenar aku ialah Razor?
Hmm....
Aku agak serigala putih yang boleh bercakap itu.. Moon, dan kanak-kanak lelaki tadi ialah Leon. Aku menghembus nafas berat. Tubuhku kembali rebah, aku merenung kosong di dalam khemah ini. Mata aku mula memberat kembali.
'Kalau betul nama aku Razor dan mereka adalah kawan aku sebelum ini, aku akan berusaha cari mereka kembali.' Gumamku di dalam hati sebelum aku terlelap.
Pada masa yang sama, Moon turut berada di dalam hutan sambil merenung bulan yang mengambang dengan penuh sayu. Dia dalam bentuk manusia, tangannya dikepal kemudian menunduk.
"Maafkan aku Leon. Aku tak pernah faham perasaan kau selama ini, aku.... aku bodoh! Kalau aku tahu semua ini terjadi....-"
Kepalanya di tunduk tidak mampu menyambung kata-katanya. Suasana sunyi di dalam hutan membuatkan ia bertambah pilu. Seolah tiada hidupan lagi di dalam hutan itu.
Tiba-tiba dia tersentak lalu memandang ke arah utara, matanya yang kuning bersinar di bias cahaya bulan. "Apa?" Soalnya sendirian bersama kerutan di dahi.
Dia dapat merasakan suatu aura yang dia kenal tetapi berbeza walaupun jauh tetapi ia sangat kuat. Matanya membulat apabila dia mengingat kepunyaan aura itu, kepalanya digeleng perlahan seolah tidak percaya akan sesuatu.
"Tak... mungkin... Dia.... masih hidup lagi ke?!" Jeritnya dengan nada tidak percaya. Giginya diketap dengan kuat. 'Razor?!'
Dia kemudian teringat akan perjumpaan mereka beberapa hari lepas. 'Muka ketua mereka... sama seperti... Leon..'
Kata-kata Yoshiko terus-terusan menghantui pemikiran nya. 'Apa maksud semua ini? Kalau betul Leon masih hidup dan menjadi ketua mereka, apa jadi sebelum itu? Razor.... Dia dah lama mati tapi.... aura ini... aku masih kenal auranya walaupun ia berbeza sekarang.'
Gumam hatinya kurang senang dengan apa yang difikirkan nya. Kepalanya digeleng kuat bagi menghilangkan segala persoalan itu menghantui dirinya. "Aku perlu beritahu Kyle tentang ini," katanya seorang diri.
Dia kemudian menoleh ke bulan semula, 'Moon... kau adalah kawan pertama dan terakhir aku yang terbaik. Jadi.... tolong jadi lebih kuat dari aku, okay?' Moon tersenyum sendiri apabila teringat akan kata-katanya semasa kecil dulu. 'Aku janji.'
Share this novel