Episode 3:Oh... Please! Seriously!

Fantasy Series 1349

Malam itu kami bermalam di dalam hutan, musang ekor sembilan itu pula tak habis-habis pujuk aku. Haih.... Tak letih ke dia ini?

"Tak. Selagi kau tak terima aku dan beri aku nama, aku tak akan putus asa." Jawabnya sambil merenung aku dengan mata bulatnya. Wait.... Dia baca fikiran aku ke?

"Yup. I can read your mind kiddo." Balasnya selamba, aku menekup muka dengan sebelah tangan. Bilalah dia nak berhenti dah menyerah kalah? Dari pagi tadi asyik ikut aku.

"I won't gave up that easy kiddo. I want you to be my master." Ujarnya lagi dan aku tersengih bengang bersama urat yang mula timbul di dahi.

"Berhenti baca fikiran aku lah tak guna!!" Jerit aku dengan bengang lalu menendang dia tapi dia sempat mengelak. "Hehehe...." Dia tersengih menyeringai menampakkan gigi taringnya apabila melihat aku mula bengang.

Zane dan Cattlyne hanya memerhati sahaja sambil makan popcorn depan unggun api. Dari mana diorang dapat pun tak tahulah haih..... Peduli apa aku! Aku tengah bengang gila dengan musang ini! "Ha..ha... Rileklah, tak payah marah."

Katanya sambil matanya sengaja di bulatkan kononnya nak bagi muka simpati, dengan saiznya yang masih dalam sebesar anak kucing. Dia mula tersengih cuak apabila melihat badan aku mula keluar kuasa api.

Yeah.... Aku pun dapat belajar magis, dan ini salah satu kelebihan puak Wolves. Tapi.... Sekarang..... Apa yang penting aku bantai musang ini cukup-cukup! Ingat aku tak perasan ler tu dari pagi curi-curi baca fikiran aku!

"Mari sini kau musang tak guna!!" Jerit aku sambil mula mengejar dia yang sudah mula buka langkah seribu. "Relaks ah, aku gurau je lah!"

"Banyak lah kau punya gurau!!" Bidasku sambil membaling bebola api padanya, dia mengelak dengan mudah walaupun agak terkial-kial. Aku mengeram geram dengannya. "Grr.....! Grr.....!! Come back here!"

Dia berlari sehingga tiba di sebuah tasik, lalu berhenti secara tiba-tiba. Aku yang mengikutnya baru perasan dia sengaja mengumpan aku jauh dari kawan aku. Aku merenungnya dengan tajam, dia yang membelakangi aku tadi, terus berpaling dan menghadap muka aku. Dia membalas renungan tajam aku.

Dia yang pada mulanya bermain-main tiba-tiba serius, itu membuatkan aku rasa tidak sedap hati. Anak matanya yang kuning merenung aku dengan tajam, matanya bersinar dengan tajam apabila matanya di bias cahaya bulan.

Pandangannya yang serius membuatkan aku berasa seram sejuk. Tanpa aku sedar, aku berundur beberapa tapak ke belakang. Dia mendekati aku bersama renungan dinginnya. Aku kaku di tempat aku berdiri.

"Kau.... hilang memori betul bukan?" Soalnya dengan serius.

"Y-ya...?" Lidah aku terasa kelu. Minda aku terasa kosong.

"Aku ada nampak serpihan memori kau Razyle..." Ayatnya digantung, aku diam membisu tidak membalas kata-katanya.

"Memori kau tak hilang Razyle, tapi.... memori kau di kunci. Bila aku cuba cari memori kau tadi, aku terkejut dan tekaan aku tepat, kau datang dari keluarga Ókami." Penerangannya sedikit sebanyak membuatkan aku tersentak.

"Memori aku di kunci?" Soalku pada diri sendiri, aku merenungnya meminta penjelasan. "Ya, di kunci. Tapi... aku tak tahu siapa yang kunci memori kau." Jelasnya seakan faham dengan renungan aku tadi.

"....." Aku terdiam seketika sebelum duduk mencangkung di hadapannya. "..... Kau.... boleh buka kunci itu?" Soalku dengan nada perlahan. Telinganya bergerak-gerak mendengar suara aku tadi, dia mengeluh berat lalu menggeleng kepalanya.

"Hanya orang yang kunci memori kau saja dapat bukanya," jawabnya dengan nada mendatar dan telinganya jatuh ke bawah seolah turut berasa sedih. Dia memandang aku dengan simpati. Tetapi aku hanya membalas dengan renungan kosong sahaja. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tiba-tiba rasa kosong.

"Tapi..... Kau masih boleh cari memori kau kalau kau nak!" Ujarnya yang tiba-tiba meninggikan suaranya di hujung ayatnya membuatkan aku tergamam. Tanpa aku sedar aku mengukir senyuman. Baiklah, aku dah buat keputusan untuk... cari memori aku kembali...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience