Chapter 3 Episode 1: Prolog

Fantasy Series 1349

Nama aku Ryzel atau lebih ringkas 'Raz'. Umur? Tahun ini hampir 22 tahun, dan aku serigala jadian sama seperti Zane, tapi aku lebih gemar guna pedang berbanding berubah menjadi serigala.

Dan tak lupa juga Cattlyne si gadis elf yang mahir memanah juga agak nakal dan suka kenakan orang. Aku hilang memori sampaikan nama sendiri pun aku tak ingat, tapi terima kasih pada mereka kerana selamatkan nyawa aku dahulu. Lagipun mereka sendiri mengaku masa itu aku dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Walau apa-apa pun aku bersyukur kerana masih hidup dan diberi peluang kedua.

"Auch! Cattlyne stop it!" Jerit Zane sambil mengusap bahunya yang digigit, "hahaha! Padan muka kau Zane! Hahaha!" Gelak Cattlyne apabila dia direnung tajam oleh Zane. Aku tergelak janggal, semua penduduk pekan sedang memerhatikan tingkah laku kami.

"Guys? Sudahlah tu, lebih baik kita mulakan kontrak memburu itu," kataku sambil meletakkan pedang ke bahu. Mereka berpandangan seketika sebelum tersenyum, "mari pergi!" Ujar Cattlyne dengan nada bersemangat, tidak lupa juga dengan Zane yang sudah mula berubah menjadi serigala.

Tanpa berlengah kami terus berlari meninggalkan pekan dan menuju ke destinasi, kami baru dapat misi perlu hampuskan haiwan buas yang mengganas di suatu perkampungan. Memandangkan kami pemburu haiwan yang handal, kami akhirnya bertanggungjawab menyelesaikan misi itu.

- - -

Sepanjang perjalanan fikiran aku melayang. Sebenarnya aku teringat peperangan 3 tahun lepas, peperangan yang sangat dasyat bagi aku. Walaupun jauh tapi ia seolah berlaku dalam jarak yang dekat.

Aku tertanya bagaimana keadaan orang yang tinggal berdekatan dengan peperangan itu? Sedangkan dari jauh juga sudah menerima impak yang besar. Apabila ditanya orang berdekatan dengan peperangan itu, ia disebabkan peperangan antara guardian dan raja kegelapan yang dianggap dongeng selama ini.

Aku tak tahu kenapa tapi.... Seolah ada sesuatu yang menarik perhatian aku, lebih pelik entah kenapa aku berasa sedih secara tiba-tiba. Seolah.... Aku kehilangan seseorang yang sangat rapat dengan aku. Persoalannya adalah siapa? Aku langsung tak boleh ingat apa-apa tentang perkara lepas dan latar belakang aku.

Apabila aku cuba memaksa diri aku mengingat kembali, aku akan pitam kerana tidak tahan dengan rasa sakit kepala. Memori aku bagai di kunci oleh seseorang. Itu adalah sebab aku sering keluar berburu dengan mereka, semata-mata mencari memori aku kembali.

"Raz, kau okay?" Soal Zane tiba-tiba sambil menyentuh bahuku membuatkan aku tersentak. Aku menoleh ke sebelah kiri, dan Zane serta Cattlyne sedang memandang ke arah aku.

"Aku... okay. Korang tak payah lah risau." Jawabku sambil mengusap belakang kepala aku, mataku dilarikan ke arah lain. "Dah lah. Jom, kita dah sampai." Kataku seraya mendahului langkah ke kampung itu supaya dapat mengelak diri dari ditanya lebih lanjut.

Ya...., mereka terlalu ambil berat tentang aku sehinggakan aku rasa bersalah membuatkan mereka risau tentang aku. Mereka berpandangan seketika sebelum mengeluh lalu mengikut jejak aku dari belakang.

Aku melihat papan tanda, ia sudah kabur dan reput tetapi masih dapat di baca lagi. 'SELAMAT DATANG KE KAMPUNG VANDELIAN Dan PEKAN QUASTARIA.'

Pekan Quastaria? Aku kaku beberapa saat sebelum kembali melangkah ke kampung itu. Aku melihat keadaan sekeliling aku, ia agak terbiar dan rumah-rumah serta kedai juga runtuh dan ia juga kelihatan seperti kesan terbakar.

"Hairan.... tak ada sesiapa pun di sini? Mana mungkin kita terlambat, sedangkan kita baru menerima misi ini." Nyataku sambil mata melilau ke sana sini mencari sesiapa yang ada di sini. Zane dan Cattlyne turut mengangguk hairan. Zane sudah berubah menjadi manusia semula.

"Hmm..... Cakap pasal cari seseorang... Razyle sebenarnya... beberapa tahun lepas, kitorang jumpa kau dekat sini." Kata-kata Zane membuatkan aku tersentak, aku terus menoleh ke arahnya. Aku perasan Cattlyne mula buat muka dekat Zane tetapi dia buat tidak endah sahaja.

"Maksud kau?" Soalku balik, dahi aku mula berkerut seribu.

"Masa itu.... Aku dengan Cattlyne jalan-jalan dalam hutan, tapi tiba-tiba kitorang ternampak ada asap dari sini. Kitorang terus berlari ke kampung ini.... Dan.... Masa itu...-"

Ayatnya digantung, aku pula menanti ayatnya dengan sabar. "Masa itu apa?!" Desakku padanya, dia kelihatan teragak-agak mahu menyambung ayatnya. Akhirnya dia mengeluh berat.

"Semua penduduk kampung ini mati dibunuh. Kampung yang terkenal tetapi sangat kejam pada orang miskin dan yatim hancur dalam sekelip mata. Dan... masa itulah kitorang cuba cari sesiapa yang masih hidup, akhirnya kitorang jumpa kau masih hidup walaupun nyawa-nyawa ikan."

Jelasnya padaku, Cattlyne pula hanya mendiamkan diri. Aku tertunduk memandang tanah seketika, sebenarnya memori aku tiba-tiba datang sepintas lalu saat baca nama kampung itu. Dalam sepintas lalu itu, di sekeliling aku semuanya penduduk yang melempar barang ke arah aku.

Aku perasan tidak jauh dari aku seorang kanak-kanak lelaki yang hampir sebaya aku, meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tetapi.... ianya... kabur... Kemudian aku ditikam di bahagian perut berulang kali sehingga aku jatuh tidak bermaya, dia menjerit nama seseorang tapi aku pasti ia nama aku. 'Raz-' Itu sahaja panggilan yang aku dengar sebelum semuanya berubah hitam.

Pada mulanya aku anggap ia sekadar ilusi, rupanya ia.. serpihan memori aku. "Dan... kitorang sempat ternampak kelibat seorang kanak-kanak lelaki dan serigala di sisi kau. Tapi tahu-tahu saja dia sudah terbang pergi."

Sambung Cattlyne membuatkan tumpuan aku kembali padanya, Zane pula mula menjelingnya dengan tajam lalu menyiku perut Cattlyne. "Auch! Sakitlah Zane!" Marah Cattlyne sambil mengusap perutnya yang di siku tadi.

Aku mengemam bibir, apa yang aku perlu lakukan? Sekarang aku ada dua pilihan sama ada, teruskan mencari memori aku atau.... lupakan nya dan mulakan hidup baru.

Tiba-tiba aku terdengar ada sesuatu bergerak dari semak, tanpa berlengah aku terus mengeluarkan pedang aku. Cattlyne juga sudah bersiap sedia dengan busurnya.

"Siapa?!" Aku dan kawan aku melihat sekeliling kampung itu risau ada serangan secara mengejut.

Tiba-tiba....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience