Episode 4: Our Promise

Fantasy Series 1349

"Aku akan tolong kau. Tak kira apa jadi." Katanya bersama matanya yang bersinar merenung aku. Aku menghela nafas seraya tersenyum.

"It's fine. Aku terima kau kali ini." Jawabku ringkas lalu dia mula tersenyum gembira. Dia menggesel kepalanya ke kaki aku membuatkan aku rasa dia nampak comel.

Sudahlah saiz sebesar kucing je, bulu dia berwarna jingga dan berkilat. Matanya pula kuning bulat. Hahaha! Patutlah Cattlyne tak sudah-sudah nak peluk, cium dia tadi.

"Kalau macam itu bagi aku nama. Mulai sekarang kau tuan aku," ujarnya lagi. Aku mula berfikir, apa nama yang sesuai dengan dia? Bulunya jingga berkilat.... Dengan mata kuning yang bulat....

"Hmm..... Kalau... Kitsu?"

"Hmm..... Nope! Tuan lama aku dah guna nama itu. Jadi aku nak nama lain."

"Ceh! Memilih nampak!" Bidas aku, dia hanya tersengih melihat aku bercekak pinggang. "Tsuki?"

"Kenapa aku rasa macam kau terbalik kan nama tadi?"

"Okay fine! How about Kitsuki?" Soalku balik lalu dia tersenyum menyeringai menampakkan gigi taringnya. "Yeah! Now that's my real name!" Ujarnya dengan nada bersemangat lalu naik ke bahu aku.

"Mulai sekarang kau tuan aku! Dan aku akan tolong kau cari memori kau balik." Katanya seolah membuat janji dengan aku.

Aku menjeling padanya sekilas. "Deal?"

"It's a deal! I promise! As long as you can accept me!" Balasnya dengan nada bersemangat sambil melompat beberapa kali di atas bahu aku. Aku tertawa kecil. Comel juga dia ini!


- - -
Pada masa yang sama di suatu tempat yang jauh, di atas bukit kelihatan sebuah istana yang nampak mengerikan. Kawasan itu kosong tanpa tumbuhan mahupun haiwan. Langit gelap bersama kilat yang sambar-menyambar tanpa henti.

Di atas sebuah takhta istana itu kelihatan seorang lelaki yang bersayap hitam dan bertanduk serta matanya yang merah termenung seorang diri. Pandangannya sungguh sayu pada masa yang sama benci. Tiba-tiba dia teringat akan seseorang.

FLASHBACK....

Dia bangun perlahan-lahan dan menjengah ke luar, di atas dahan pokok tidak jauh dari situ kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memainkan melodi itu dengan mata terpejam.

'Mungkin.... Dia yang selamatkan aku dari manusia tak berhati perut itu. Aku patut berterima kasih padanya.' Detik hatinya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arahnya, bunyi rantai berloket crystal warna merah di lehernya menyebabkan dia menghentikan melodi.

Haiwan-haiwan di dalam hutan itu terpinga-pinga apabila dia memberhentikan melodinya. Kerana kebiasaannya dia akan berhenti ketika matahari hampir terbit. Dia jarang bermain melodi itu. Dia hanya bermain melodi itu setiap kali bulan mengambang penuh baginya pada masa itulah yang paling sesuai.

Dia memandang serigala itu dan ia gugup dan berasa sedikit gelisah apabila dia menyadari ia mendekatinya. Dia memberikan senyuman nya dan serigala itu tersentak tetapi kegelisahan nya berkurangan.

"Kamu sudah bangun? Baguslah, sehari suntuk kamu tidak sedarkan diri. Lagipun kamu cedera dengan teruk dan nyawa-nyawa ikan tadi, tak sangka kamu boleh bangun dalam masa sesingkat ini." Ujarnya menyatakan kekagumannya.

Dia mengusap kepala serigala itu dengan lembut namun matanya tidak lepas memandang bulan itu. Serigala itu terkejut apabila dia mengusap kepalanya namun dia tidak melawan dan ketakutan nya hilang begitu sahaja. Dia mula berasa sayang padanya.

"Terima kasih sebab.... selamatkan aku tadi, kalau tidak mesti nyawa aku melayang tadi." Ujar serigala itu menyatakan kata-kata yang sering bermain di mindanya.

"Sama-sama." Satu perkataan itu sudah cukup membuatkan dia tergamam, "kau boleh faham apa yang aku cakap?" Soalnya masih dalam keadaan terkejut.

Dia memandangnya dan tersenyum, "sudah tentu." Jawabnya ringkas. Dia memandangnya dengan pandangan tidak percaya dan mengundang gelak darinya. Dia geli hati melihat serigala itu membulat.

"Walau apa-apa pun nama aku-"

.
. .
. .
. .
. .
. .
. .
End Flashback...

"Ayahanda!"

Dia tersentak apabila mendengar seorang kanak-kanak lelaki memanggilnya dengan pandangan sayu. Dia tersenyum kelat. "Leo, mari sini dekat ayahanda." Kanak-kanak itu hanya akur dan duduk di atas pahanya.

Lelaki itu mengusap kepalanya dengan lembut dan penuh kasih sayang. "Leo maafkan ayahanda kerana selalu pukul kamu," katanya penuh dengan perasaan kesal. Leo memandang ke arahnya lalu menggeleng kepalanya.

"Tak. Leo tahu 'dia' yang selalu kawal ayahanda kan?" Kata-katanya disambut dengan senyuman pahit, dia memeluk anaknya dengan erat. Leo membalas pelukkan nya dengan perasaan sebak.

Dia tahu selama ini ayahandanya sering cuba mengawal 'dia' tetapi gagal.

'Ayahanda, Leo tak akan pernah bencikan ayah. Leo janji akan cuba tolong ayahanda mengawal 'dia'! Leo janji!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience