Di sebuah kem di dalam hutan kelihatan sekumpulan askar dan pengawal yang sedang berlatih dipimpin oleh seorang remaja lelaki yang berambut unggu dengan muka tegas.
"Soldier Charge!!!"
"HAAH!!"
Suara mereka bergema di dalam hutan yang sunyi itu. Tiba-tiba seorang lelaki yang berambut hitam dan bermata kuning berlari mendekatinya. "Reiz!" Panggilnya dengan muka serius.
"Yohiro? Kau buat apa dekat sini?" Soalnya dengan dahi berkerut hairan. (Note: Yohiro ialah Zen)
"Ada benda penting yang aku kena bincang dengan kau. Kita tak boleh tangguh, yang lain juga sudah tunggu di tempat biasa."
Jawabnya dengan nada serius, Reiz mengeluh berat sambil mengusap rambutnya ke belakang. "Okaylah tunggu aku dekat sana," putusnya dan Yohiro sekadar mengangguk sebelum menghilangkan diri.
"Baiklah semua! Cukup untuk hari ini! Kita akan sambung esok, pastikan kamu rehat dengan cukup! Semua boleh bersurai!"
"Yes, lead!!"
Setelah mereka beredar Reiz terus teleport ke sana. Reiz muncul dan kini dia berada di satu tempat yang lapang dan tasik, angin menderu dengan kencang.
Di sana Yohiro, Kyle, Moon, Akane, Flora dan Key sudah menunggu nya. Tanpa berlengah Reiz terus mendekati mereka. Key sekadar memeluk tubuh bersama mukanya yang agak dingin.
"Ada apa kau panggil kitorang ini?" Soal Kyle sebaik sahaja Reiz tiba. "Ada sesuatu yang penting kita perlu bincangkan," jawab Yohiro tanpa senyuman.
Yohiro menghela nafas seketika. "Demon," katanya ringkas tetapi cukup membuatkan Key tersentak. Dia merengus. "Ia sudah kembali. Paling mengejutkan adalah mereka mempunyai ketua sekarang."
Kata-kata Yohiro membuatkan mereka tergamam, Yohiro mengeluh berat. "Itulah yang aku nak bincangkan dengan korang. Aku dah buat siasatan sebelum itu, dan tekaan aku tepat." Ujar Yohiro sambil mengusap belakang lehernya.
"Macam mana boleh berlaku?" Soal Flora dengan nada tidak percaya. "Aku...- Hah..." Sekali lagi dia mengeluh, dia seolah serba salah ingin mengatakan sesuatu.
Kyle mula memandangnya dengan tajam. "Apa lagi maklumat yang kau dapat Yohiro? Aku tahu kau dapat lebih dari itu bukan?" Soalnya dengan nada dingin. Yohiro mengeluh berat.
"Aku tak nak mengaku pasal ini tapi.... muka ketua mereka itu....- Sama seperti... Leon..." Dia mengecilkan suaranya di hujung ayat tetapi mereka dapat mendengarnya. Sekali lagi mereka tergamam.
'Key?' Reiz menoleh ke arahnya dan kelihatan dia kaku di tempat dia berdiri. Iris matanya mengecil dan mengigil mendengar kata-kata Yohiro tadi. Kepalanya di tunduk. Giginya diketap kuat. "Mustahil." Katanya dengan suara mendatar. Mereka tersentak lalu mereka memandang Key serentak.
Auranya dikeluarkan dengan kuat, daya membunuhnya juga kuat. Dia memandang Yohiro dengan pandangan membunuh. "Dia.... Dia dah mati Yohiro!! Dia dah mati!! Mustahil dia masih hidup!!!"
Bentak Key seraya meluru ke arahnya, kolar bajunya dicengkam ganas. Yohiro mengetap gigi. Dia sudah menjangkakan reaksi Key. "Kau bohong Yohiro! Kau bohong! Dia.... Dia dah mati! Dia...-"
Air matanya mengalir, kepalanya di tunduk sambil menggenggam erat baju Yohiro. "Key..." Reiz memandang Key dengan pandangan sayu, dia tahu Key masih sedih kehilangan abangnya.
Flora turut memandangnya dengan sayu, dia juga berasa kehilangan Leon. Akane, Kyle dan Yohiro sekadar mendiamkan diri. Moon memandang tanah dengan mata berkaca, dia turut berasa sedih kerana dia hilang kawan pertamanya.
Genggamannya sedikit demi sedikit telerai. Matanya masih memandang tanah, "please... leave me alone..." katanya lalu menghilangkan diri. Reiz tersentak, iris matanya mengigil mendengar nada dan kata-katanya yang sama seperti Leon.
'Leave me alone.'
Reiz mengetap gigi, lalu mengikut jejak Key. 'Tak! Aku tak akan sesekali biarkan perkara yang sama berulang kembali!' Tekadnya di dalam hati. Suasana sunyi dan sepi menguasai. Flora, Moon dan Akane sudah lama beredar setelah Key dan Reiz menghilangkan diri. Kyle memandang ke arah Yohiro yang menunduk lalu mendekatinya.
Bahunya ditepuk, Yohiro lantas menoleh padanya. Kyle menggeleng kepalanya tanda membiarkan sahaja mereka buat masa ini. "Yohiro, aku nak kau cari maklumat yang lebih mendalam kalau boleh secara terperinci." Pinta Kyle dan Yohiro mengangguk akur.
"Tapi... Macam mana kalau mereka tak setuju nanti? Maksud aku, aku tak kisah yang lain tetapi Key. Dia boleh terima ke semua itu nanti?" Soalnya sedikit ragu-ragu. Bahunya ditepuk perlahan.
"Just do your mission Yohiro. Pasal dia pandai-pandai lah aku pujuk nanti," jawab Kyle. Yohiro menghela nafas, "okay if you say so." Ujarnya sebelum menghilangkan diri dibawa angin. Kyle menghembus nafas berat. "Aku dah agak, ada perkara yang tak kena masa itu." Katanya seorang diri sambil mengingati peperangan tiga tahun lepas.
- - -
Reiz berlari sambil kepalanya di toleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Key. Rasa resah tiba-tiba menghambat dirinya, "mana Key ini? Kenapa aku rasa tak sedap hati?" Soalnya seorang diri.
Pada masa yang sama, Key bersandar di pokok lalu jatuh terduduk. Tangannya dikepal erat. Matanya dipejam rapat. Badannya mengigil sendiri apabila teringat akan dia sebelum peperangan berlaku.
Flashback 3 tahun lepas...
Sebelum Peperangan,
Aku dan abang Leon duduk di atas dahan sambil melihat laut yang di bias bulan. Aku menjeling padanya dia kelihatan begitu asyik memandang bulan. Seolah ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Key?"
Aku tersentak apabila dia memanggil aku tiba-tiba, "hmm?"
Dia memandang pada aku dengan serius membuatkan aku tersentak. "Katakan lah kalau kita jadi musuh, kau.... sanggup bunuh aku?" Soalannya membuatkan aku terkesima.
Aku menggeleng kepala dan merenungnya dengan tajam, "apa maksud abang? Jadi musuh? Jangan mengarut!" Bentakku apabila dia berkata begitu tetapi mukanya serius tiada tanda dia sedang bergurau.
"Key. Macam mana kalau abang dah bunuh banyak nyawa tak bersalah? Abang cuba bunuh Key dan kawan-kawan kita? Kalau jadi macam itu Key masih tak mahu lakukannya?!"
Soalnya dengan nada meninggi sambil mencengkam bahu aku. Aku tergamam, matanya yang biru bersinar di bias cahaya bulan. Aku perasan dia seolah risaukan sesuatu, tapi apa?
"Key....-" Aku teragak-agak ingin bersuara, Leon memaksa aku memandang padanya. "Key dengar sini. Abang nak Key janji...-"
Aku mula berasa tidak sedap hati apabila dia berkata begitu. Kenapa? Seolah ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
"Bunuh abang dengan tangan Key sendiri." Permintaannya membuatkan aku terkilan.
- - -
Badannya berasa lemah apabila teringat akan permintaannya, 'inikah yang dia cuba maksudkan?' Soalnya di dalam hati dengan bergetar.
"Key!"
Reiz mendekati Key yang melutut sambil menyorokkan mukanya, "Key..." Dia menyentuh lembut bahunya tetapi ditepis kasar.
Reiz tergamam, Key merenungnya dengan tajam bersama air matanya yang mengalir. "Key.."
Dia bangun dan menjauhkan dirinya daripada Reiz, sekali lagi dia tergamam. "Key kenapa ni?" Soalnya dengan risau dan hairan melihat perubahannya.
"I said so right? Leave me alone!" Katanya dengan nada meninggi, Reiz menghela nafas dan cuba mendekatinya tetapi dia semakin menjauhkan dirinya.
"No. Key aku tahu kau terasa hati dengan Yohiro bukan?" Ujarnya seraya memberhentikan langkahnya sambil menunduk memandang tanah begitu juga dengan Key. "Why Reiz?"
Reiz kembali memandang Key, dia perasan Key masih menangis. Key mengetap giginya. "Why did you care too much about me? I'm just a demon with a human mask..."
Reiz memandangnya dengan sayu, dia mendekati Key dan kali ini dia tidak melarikan diri. Reiz memeluknya sambil mengusap kepalanya dengan lembut bagai seorang abang yang cuba menenangkan si adik.
"It's okay if you want to cry Key. Just cry I know you sad now," katanya dengan lembut. Key terus menangis teresak-esak di dalam pelukkannya, "abang.... Reiz.... saya... rindukan abang Leon.."
Reiz tersentak apabila mendengar panggilan 'abang' darinya. Dia tersenyum sendiri dan membiarkan sahaja Key menangis di dalam pelukkannya.
Share this novel