Bab 9

Drama Series 4919

"Haa! Baru bangun?"

"Eh abang bila balik?!"

"Pukul 4 tadi balik. Yang kau ni kenapa bangun lambat? Kenapa tak sambung je tidur tu sampai malam?" kata Aqil sambil bermain phonenya

"Ish! Apa la abang ni. Orang terlajak tidur sebab orang penat tau tak?" kata Aina sambil memuncungkan bibir

"Dah tu jangan gaduh-gaduh. Haishh kamu berdua ni pantang jumpa ada je benda nak gaduh. Dah Aina pergi tolong ambik pinggan dengan cawan. Sikit lagi ayah kamu nak balik." kata Puan Fara sambil mencubit pipi kedua-dua anaknya itu

"Aduh. Sakit la ibu. Ya² orang ambik la ni" kata Aina sambil mengusap pipinya

"Ibu?"

"Hmmm? Kenapa Aqil?"

"Sepanjang Aqil tak ada kat rumahkan, ada tak apa² berlaku kat Aina contoh ada tak memori dia tu ingat semula?" kata Aqil dengan wajah yang serius

"Ada la jugak. Dia cakap dia asyik nampak budak lelaki sebaya dia tapi tak berapa jelas. Kenapa kamu tiba-tiba tanya ni?"

"Tak ada apa. Saja tanya. Ya la kesian kat dia dah lama sangat dah ni tapi dia masih tak boleh ingat."

"Haishhh. Itu la pasal, ibu pun sebenarnya nak sangat dia kembali ingat memori dia. Ibu rindu nak tengok wajah ceria adik kamu tu. Tapi sejak dia hilang ingatan dia jadi kurang bercakap. Dia cakap dengan kawan baik dia habis² pun Ain tu je."

"Ibu rasa macam mana ya Hakim sekarang? Mesti dia rindu dengan Tasha."

"Ibu pasti dia memang rindukan Tasha. Ya la mana taknya dulu diorang asyik berkepit je."

"Amboi, seronoknya sembang. Kenapa tak ajak sekali?" Aina yang baru sahaja selesai mengambil pinggan dan cawan melihat abang dan ibunya sedang rancak bersembang

"Ish, kau ni! Abang nak bermanja dengan ibu pun tak boleh?" kata Aqil lalu bermain telefon pintarnya

"Biar la orang nak sibuk. Nak tau jugak apa korang sembang."

"Hah mula la tu. Kamu berdua ni cuba jangan gaduh je. Pening kepala ibu tau nak layan karenah kamu berdua ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience