Bab 8

Drama Series 4919

~ Di luar pejabat ~

"Apa papa dan mama nak cakap?"

"Kamu ni kan Luqman kalau tak cari masalah tak boleh ke?" kata encik Aiman sambil mengurut dahinya

"Bukan salah Luqman pun. Lila tu yang cari masalah. Lagi satu si Aina tu pun main sebut je nama Luqman bukannya nak mintak maaf"kata Luqman yang tidak berpuas hati

"Ya. Mama dan papa tau kamu cuba nak pertahankan diri kamu tapi kalau nak cari gaduh jangan cari gaduh dengan orang ternama. Contoh macam keluarga Lila tu. Tak kisah la diorang tu cari pasal dengan kita tapi jangan kita cari pasal dengan diorang balik" kata puan mariana dengan nada yang lembut tetapi tegas

"Mama dengan papa lagi kesahkan pasal pangkat mama papa daripada anak sendiri?"

"Tak bukan macam tu Luqman. Papa dan mama buat semua ni demi kebahagiaan kita semua"

"Huh. Kebahagiaan? Kebahagiaan apa macam ni! Papa dan mama dah banyak berubah sejak menjadi jutawan! Kenapa? Kenapa semua orang yang Luqman sayang tinggal kan Luqman?!" kata Luqman sambil berlalu pergi

*Flashback tamat*

Luqman menghempas kan dirinya ke katil. Dia memandang sebuah gambar yang berada di meja belajarnya.

Dia bangun lalu mengambil gambar tersebut

"Kenapa kau tinggalkan aku Tasha?"

Tanpa Luqman sedar air matanya laju menitis di gambar dia bersama Tasha

Aina terjaga dari tidurnya. Dia bangun lalu , jam sudah menunjukkan pukul 6:00 petang. Dia bangun untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja mengambil wuduk dia membuka almarinya lalu mengambil telekung dan sejadah nya.
Selesai sahaja solat asar dia mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu berdoa

"Ya Allah kau lindungilah keluarga ku dari sebarang bahaya. Kau ampuni dosa kedua ibu bapa ku, abang ku dan aku ya Allah. Kau pulihkan lah semula ingatan ku ini walaupun ianya sakit sekali. Amin ya rabbal a'lamin..." kata aina sambil mengelap air matanya

Dia membuka telekungnya dan melipat sejadah lalu simpan ke dalam almari. Dia berlalu menuju ke dapur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience