Bab 11

Drama Series 4919

"Ahhhhhhhh!!!!" Aina menjerit lalu berlari ke arah cikgu

""Kamu ni kenapa Aina?" tanya sir Ikmal apabila pelajarnya menjerit seperti nampak hantu

"A... A... Ada benda bawah meja saya cikgu!"

"Huh?" Sir ikmal berlalu ke meja Aina.. Terkejut dia melihat ada serangga

"Haziq, pergi mintak mak cik kantin bekas kosong. Cakap kat dia sir Ikmal mintak!"

"Baik Sir!" kata haziq lalu berlari pergi ke kantin"

"Siapa yang buat semua ni! Mengaku sekarang!" Kata sir Ikmal sambil memegang rotan

Satu kelas 5ST diam. Tidak berani berkata apa-apa

"Baiklah kalau tak ada sesiapa tak nak mengaku, kamu semua akan dihukum!"

Tiba-tiba Ain angkat tangan

"Errr. Sir saya rasa ni semua kerja Luqman Hakim.. Sa... Saya nampak Sir."

"Sila terangkan lebih lanjut!"

"Waktu tu saya nak pergi kelas letak beg saya. Aina pula pergi ke kantin. Waktu saya nak masuk kelas saya nampak Luqman letak sesuatu bawah meja Aina. Lepas je Luqman letak dia terus keluar. Saya ingat dia nak pinjam buku sebab tu saya tak tengok ada apa bawah meja Aina. Lepas tu saya terus pergi ke kantin."

Sir Ikmal Dan Semua Pelajar 5ST memandang Luqman. Luqman hanya tunduk saja

(Habis la kau Luqman. Tu la nak balas dendam sangat sampai tak tengok sekeliling betul-betul.) kata Luqman dalam hati.

"Luqman lepas kelas ikut saya!" kata Sir Ikmal dengan muka seperti harimau mencari mangsa

"Ba.. Ba.. Baik Sir."

Haziq datang membawa bekas dan memberikan kepada Sir Ikmal

"Ni dia Sir!"

"Thank You. Pergi duduk tepat kamu."

Sir ikmal membuka bekas itu lalu mengambil serangga itu dan masukkan ke dalam bekas. Dia melihat jika ada serangga lagi

" Duduk tempat kamu semula Aina. Jangan risau dah tak ada serangga dah." kata Sir Ikmal sambil menutup penutup bekas

"S... Si... Sir pasti?"

"Ya saya pasti. Sekarang duduk tempat kamu kita sambung pelajaran kita."

Aina berlalu ke tempat duduknya. Dia berjaga-jaga mengambil buku kerana takut jika masih ada serangga di bawah mejanya

"Kau ok tak Aina?" tanya Ain dalam keadaan berbisik

"Aku ok. Jangan risau la."

"Ok."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience