Bab 2

Drama Series 4919

*Flashback Tamat*

Ain yang mendengar kemudian ketawa terbahak bahak mendengar cerita kawannya.

"Serius la! Aku tak boleh bayangkan muka kau macam mana waktu tu." Kata Ain apabila ketawanya reda sedikit

"Ya la kau ingat aku main²!!"

"Tapi kan kenapa sir Ikmal pilih kau. Ramai lagi kot yang ada."

"Tu la pasal! Geram aku dibuatnya!"

"Tabah la ya. Tapikan untung apa kau ajar dia."

"Apa yang untungnya dia tu dah la poyo nak mampus."

"Ya la mungkin dia poyo tapi Luqman tu orang paling kacak kat SMK Tiara Emas ni tau dan jangan lupa juga ayah dia tu seorang jutawan yang terkemuka."

" Huh. Ada aku kesah dia kaya ke, dia kacak ke tapi apa yang aku tau dia poyo gila dan Gangster!"

"Sape yang kau panggil poyo dan Gangster ha!" Kata Luqman yang tiba² muncul di belakang mereka.

"Uhhh Aina aku belah dulu eh nampaknya ada orang cari kau bye!" Ain melarikan diri sambil buat peace

"Ain kau datang balik sini sekarang!" Kata Aina yang geram melihat kawannya pergi meninggalkan dia bersama Luqman

"Siapa yang kau panggil poyo dan gangster hah!" Kata Luqman yang tidak berpuas hati apabila ada orang mengutuk nya di belakang. Baginya kalau nak kutuk dia kutuk depan². Hanya orang yang pengecut sahaja kutuk di belakang dia.

"Kau la yang poyo dan gangster tu. Sape lagi yang gangster kat sekolah ni melainkan kau!"

Luqman yang geram terus menarik tangan Aina untuk bercakap dengannya di tempat yang tidak ramai orang kerana satu sekolah melihat mereka dengan pandangan yang tajam

" Sakitlah! Lepaskan tangan aku boleh tak?!"
Aina memandang Luqman dengan pandangan yang tajam kerana tangannya terasa mahu tercabut apabila Luqman menarik tangannya dengan kasar.

Setelah sampai ke tempat yang tidak ramai orang Luqman melepaskan tangan Aina

" Eh perempuan! Kau ni memang tak sedar diri eh!"

"Eh hello aku sedar diri aku ni siapa yang kau tu pulak tiba² je tarik tangan aku ni apasal!"

"Diamlah! Eh perempuan kau dengar sini eh! Kau pergi cakap dekat sir kesayangan kau tu cakap kat dia kau tak nak ajar aku!"

"Eh apasal pulak aku yang kena cakap! Kau tak ada mulut eh? Kesiannya penat Allah bagi mulut kat kau tapi kau tak nak gunakan!"

"Eh perempuan kau jangan nak cabar aku eh! Kau ingat kau tu siapa hah!"

"Aku ni siapa? Hello nama aku Aina Natasha binti Muhammad Azri! Kau ingat aku ni perempuan tak mampu nak lawan kau ke hah!"

Luqman mara kan langkahnya ke hadapan dengan perlahan lahan

"Apa yang kau nak buat ni!" Kata Aina yang ketakutan

"Kau jangan dekat dengan aku!" Aina cuba menolak nya tapi apakah daya. Dia tidak mampu kerana tenaga lelaki lebih kuat daripada perempuan

Akhirnya tiada jalan untuk Aina melarikan diri kerana dirinya sudah terperangkap. Kedua-dua belah tangan Luqman berada di sebelah badannya

"Kenapa? Kau takut ke?" Kata Luqman dengan nada yang manja

"Ma.. Ma.. Mana Ada... Aku tak... Takut la.." Aina sudah tergagap apabila Luqman memandangnya seperti mahu makannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience