Bab 6

Drama Series 4919

"Kalau kamu semua tak nak bagi tau saya sekarang! Siapa yang buat Lila menangis?"

"Luqman Hakim buat cikgu." Kata Aina dengan selamba

Semua mata tertumpu pada Aina.

"Betul ke Luqman buat Lila menangis?" Tanya cikgu Akma dengan wajah yang serius kepada Rizal

"Be... Be... Tul..." Kata Rizal yang tergagap

"Luqman Hakim ikut saya ke pejabat pengetua sekarang!"

Luqman hanya memandang wajah Aina dengan pandangan yang tajam. Dalam hatinya bersumpah dia akan membuli Aina. Dah la dia yang selamatkan Aina daripada dibuli lepas tu tak tahu ucap terima kasih pulak si Aina tu. Lepas tu dia cakap yang aku buat Lila menangis. Eh memang nak kena perempuan ni!

Aina yang melihat hanya tersenyum melihat Luqman terkena.

("Padan muka! Ni balasan nya sebab kau tarik tangan aku macam nak tercabut dan kau malukan aku depan parents kau!")
Kata Aina di dalam hati apabila cikgu Akma memarahi Luqman

"Wey Aina kau ni memang cari nahas eh?" Kata Rizal dengan wajah yang serius

"Apa yang cari nahas nya. Biar la dia yang kena lagipun dia yang buat Lila menangis kan?"

"Memang la dia yang buat Lila menangis tapi dia yang selamatkan daripada terus bergaduh dengan Lila" Kali ni giliran Ain pula untuk marah kawannya itu. Dah lah Aina tak ucap terima kasih pun pada Luqman tu

"Ada aku mintak dia selamatkan aku ke? Tak ada kan so salah dia tiba² menyampuk."

"Aku rasa kan lepas ni mesti ada peperangan berlaku antara Aina dengan Luqman." Kata puteri sambil memandang aku

"Ya la siapa tak kenal Aina yang keras kepala ni tambah lagi Luqman si gangster tu. Confirm pertarungan yang hebat!" Giliran Ain untuk mengenakan Aina

Satu kelas ketawa mendengar Ain bicara. Memang betul pun Aina Natasha binti Muhammad Azri ni seorang yang keras kepala. Kalau boleh hati dia pun keras macam batu sebab tu single je sekarang ni

Aina memandang satu kelas dengan jelingan maut. Terdiam semua terus. Mereka memang tahu kalau Aina marah memang habis la diorang.
Semua kembali membaca buku Biologi. Ya la dah cikgu Akma tak ada kerana pergi membawa Luqman ke bilik pengetua jadi mereka terpaksa belajar sendiri

*3 jam kemudian*

Kringgggg!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.
Aina dan Ain mengemas barang mereka. Hari ni mereka tak ada kelas tambahan kerana di sebabkan Puan Uma tidak datang ke sekolah kerana sakit

"Wey Aina jom lepak tempat biasa dulu nak? Aku lapar la." Kata Ain sambil menggosok perutnya yang sudah kelaparan

"Tak boleh la hari ni lepas aku hantar kau balik, aku nak balik rumah sebab nak rehat puas². Bukan senang tau kelas tambahan tak ada" Kata Aina menghidupkan enjin moto skuternya itu

"Hmmm ok la" Akhirnya Ain mengalah. Dia terpaksa menumpang Aina kerana ayahnya pergi ke kerja menaiki moto untuk mengelakkan kesesakan trafik. Kalau tak dah lama dia membawa moto

Selesai sahaja menghantar Ain pulang ke rumah Aina pun pulang ke rumahnya.
Aina membetulkan kedudukan motor skuternya untuk memudahkan ayahnya memasuki kereta
Selesai sahaja membuka kasut dia memberi salam.

"Assalamualaikum! Aina dah balik."

"Waalaikumsalam. Awal balik?" Kata Puan Fara melihat anak bongsunya pulang awal

"Hari ni tak ada kelas tambahan" Jawab Aina sambil menyalam tangan ibunya itu

"Ooo. Dah pergi mandi lepas tu solat zohor. Nanti ibu panggil turun makan lepas dah siap masak"

"Ok."

Aina menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Dia menghempas kan dirinya atas katil. Tiba² dia memikirkan apa yang rakan sekelasnya kata padanya. Dia hanya menggeleng kepala lalu bangun pergi ke bilik mandi. Selesai sahaja mandi dia memakai bajunya lalu mencapai telekung berwarna purple black. Warna kesukaannya ialah purple dan black. Biliknya penuh dengan warna purple dan black. Kalau boleh baginya semuanya mesti warna purple dan black.

Selesai sahaja solat zohor dia melipat sejadah dan telekung lalu simpan di dalam almari. Dia menghempas dirinya di atas katil semula.
"Kenapa aku rasa macam pernah tengok eh muka mak ayah Luqman tu? Tapi kat mana eh?"

"Ish apa la kau ni Aina! Mak Ayah dia kan jutawan jadi memang kau pernah tengok la. Tapi kan kenapa aku rasa macam pernah jumpa diorang waktu aku kecil dulu eh?"

Tiba² kepala Aina sakit

"Aduhai time ni juga la kau datang!" kata Aina sambil memegang kepalanya yang sakit itu
Dia tidak dapat menahan sakit itu akhirnya dia tertidur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience