Bab 12

Drama Series 4919

~Selepas tamat kelas~

"Stand up! Thank you sir." ucap Rizal

"Thank you class. Luqman ikut saya sekarang!"

Luqman hanya akur. Dia menyesal kerana tidak memastikan tiada orang sewaktu dia meletakkan serangga itu

~ Di Bilik Guru ~

"Apa semua ni Luqman. Apa nak jadi dengan kamu ni!"

Luqman hanya diam. Dalam hatinya hanya menyumpah mengapa la dia tidak melihat betul-betul ada orang atau tidak

"Luqman kamu tu bukan budak kecik lagi. Jadi tolong la berperangai macam budak kecik. Kamu tu dah 17 tahun. sedar-sedar la diri tu sikit!" Sir ikmal memandang Luqman dengan pandangan yang tajam

"Baiklah. Saya akan memberi kamu denda kamu perlu hadir ke kelas tambahan selepas tamat sesi persekolahan. Kamu akan belajar bersama saya sehingga pukul 5 petang."

"Tapi sir..." kata Luqman

"Tak ada tapi-tapi. Ini denda kamu jadi kamu perlu hadir ke kelas tambahan. Faham!"

"Faham sir." jawab Luqman lemah. Kemudian dia berlalu pergi

"Haih apa la nasib aku. Dah la kena hadir kelas tambahan lepas tu minah Aina tu kena ajar aku nanti. Haihhh sakit kepala aku. Baru petang ni aku cadang nak pergi jalan-jalan. Spoil betul la sir ikmal ni!" Luqman berjalan menuju ke kelas. Sakit hatinya. Mengapa la orang selalu sangat sakit kan hatinya.

Sewaktu Luqman masuk ke kelas dia melihat Aina sedang rancak bersembang dengan kawan-kawannya

"Haih apa la nasib aku. Aku nak kenakan kau, aku yang terkena balik." Luqman berkata di dalam hati.

"Oh itu pun dia orang yang nak kenakan aku tapi dia terkena balik. Haih kesian kesian." Aina sindir pada Luqman

Panas betul hati Luqman mendengar kata-kata Aina. Tanpa berlengah masa lagi dia terus pergi ke meja Aina

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience