BAB 9

Romance Completed 5141

AATHIF mencium dahi isteri yang baru dinikahinya itu. Terasa satu perasaan tenang yang menyusup jiwanya saat melafazkan akad sebentar tadi.

“Alhamdulillah. You’re mine finally. Macam mimpi je kan? In Shaa Allah, I will love you with all my heart, sayang,”bisik Aathif ke telinga Aneesa.

Aneesa tidak berani mengangkat muka. Dia hanya duduk menekur lantai. Dia tidak mampu untuk memandang wajah Aathif tika ini.

Cincin emas yang bertatahkan berlian di jari manisnya ditenung. Macam tidak percaya pula. Semuanya berlaku dengan amat pantas sekali. Tidak pernah terlintas di hatinya bahwa dirinya akan menjadi milik orang secepat ini.

Aathif memandang Aneesa yang seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Fikir apa la tu.

Aneesa tersentak apabila tangannya dicapai Aathif. Dia mengangkat muka.

“Jom, camera man panggil. Kita ambil gambar dulu. Buat kenang-kenangan di hari yang bahagia ni kan, sayang?”Aathif mengenyit mata sambil tersenyum.

“Err..erm”. Entah kenapa, mulutnya seakan terkunci melihat senyuman Aathif itu.

DENGAN lafaz Bismillah, Aathif memasuki kamar pengantin yang dihias cantik itu. Bertemakan warna ungu, warna kegemaran Aneesa.

Aneesa yang sedang termenung jauh ke luar tingkap itu di hampirinya.

“Assalamualaikum”.

Aneesa tersentak. “Waalaikummussalam,”jawabnya perlahan.

“Termenung apa?”. Aathif melabuhkan punggung di sisi isterinya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk isterinya itu. Tetapi dia sedar, dia harus bersabar sebelum dapat menawan hati Aneesa.

“Takde apa-apa”.

“Yeke? Ke tengah fikir pasal malam karang…”

“Mana adalah…”

Aathif tersenyum. Dia menarik nafas yang dalam sebelum menghembuskannya. Cari feel nak berjiwang.

“Pertemuan pertama kita sebagai orang asing. Pertemuan kedua membawa kepada pertemuan ketiga dan pertemuan ketiga kita dah sah pun sebagai suami isteri. Indahkan sayang, takdir ni?”.

“Hurm”. Aneesa memandang sekilas Aathif yang di sisinya. Kemudian, dia kembali termenung jauh. Dah enam tahun pemergian emak dan ayah. Sedih juga mereka pergi sebelum sempat melihat aku berkahwin. Tapi, jodoh maut di tangan Tuhan. Macam sekarang ni. Aku…dan dia…

“Sayang tau tak, kenapa abang pilih sayang?”. Aathif merenung anak mata isterinya.

Aneesa menggeleng. Manalah dia tau. Kenal pun gitu-gitu aje.

“Sebenarnya, abang pun tak pasti. Bila tengok sayang, abang rasa berdebar tapi bahagia pada masa yang sama. Entahlah, sukar untuk dijelaskan. Abang tak pernah rasa macam ni pun seumur hidup abang. Bila hati dah sayang, semuanya nampak indah, kan?”. Dijeling sekilas Aneesa.

Aneesa mengangguk tetapi dia tak faham pun sebenarnya. Macam tu ke rasa cinta? Rasa itu…aku sedang alaminya sekarang. Dengan..dia! Cintakah itu? Wajahnya yang tenang dan pandangannya yang redup itu menghantar seribu satu rasa di hatiku. Tetapi, aku tak pasti apakah ia?

“Abang tahu, sayang sedih sebab ibu bapa sayang tiada di sini untuk melihat detik yang bersejarah dalam hidup sayang, kan? Abang pun sedih. Mama abang meninggal waktu abang tingkatan tiga… waktu itu abang di asrama. Memang sedihlah tak dapat tengok wajah mama buat kali terakhir tetapi abang sentiasa berdoa supaya dia ditempatkan di kalangan orang yang beriman”.

Aneesa mengaminkan di dalam hati. “Kenapa dia meninggal?”.

“Kanser payudara. Dah tahap empat, tapi papa dan mama tak bagitahu apa-apa pun pada abang sampai lah mama dah menghembuskan nafas yang terakhir…”.

Aathif mengelap mutiara jernih yang tumpah dari kolam matanya. Dia tidak boleh terus hanyut dengan perasaan sedih itu. “Mak ayah sayang pulak?”.

“Kemalangan…motor dengan lori. Ayah meninggal on the spot. Emak koma tiga minggu then meninggal…”.

Aneesa akui dia rasa sangat kosong selepas ketiadaan emak dan ayahnya. Tetapi mujur dia cepat tersedar. Dia masih ada Allah sebagai tempat bergantung harap dan memohon doa. Hanya kepadaNYA kita meminta pertolongan.

“Malam nanti kita bacakan Yassin untuk mereka,”cadang Aathif. Aneesa mengangguk. “Okey”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience