BAB 6

Romance Completed 5141

“IFAH, abang rasa abang ada harapan yang agak cerah,”kata Hakeem apabila dia dan isterinya berduaan di bilik tidur mereka.

“Harapan apa?”

“Harapan untuk dapat kerja. Petang tadi, abang jumpa lagi dengan anak datuk Ishaq tu. Dia ajak abang keluar minum. Dia janji nak tolong abang dapatkan kerja kat situ”.

“Alhamdulillah. Baiknya dia tu”.

“Err.. abang nak cakap something. Ifah jangan marah, ya?”.

“In Shaa Allah. Apa dia?”tanya Afifah penuh debaran. Teruk sangat ke sampai boleh buat aku marah?

“Macam ni. Abang ada jalan penyelesaian untuk masalah yang melanda kita ni. Aathif kata dia berkenan nak ambil Aneesa sebagai err.. isteri dia. Abang fikir, kalau Aneesa kahwin dengan orang kaya macam Aathif, nanti Aathif boleh tolong kita bayar duit enam puluh ribu tu”.

Bulat mata Afifah. “Tapi ni kan soal jodoh Neesa. Biarlah dia yang tentukan. Entah terima ke tak nanti”.

“Abang tahu. Memangla….abang rasa bersalah. Tapi abang tengah buntu sekarang ni”.

“Tak kesian ke dekat Aathif kalau dia tahu Neesa kahwin dengan dia sebab nak duit? Ifah risau la. Lagipun, Neesa bukan cintakan si Aathif tu pun”.

“Sayang, cinta kan boleh dipupuk selepas berkahwin”.

“Yalah. Tapi kita tak boleh paksa dia tau, bang. Kesian Neesa”.

Hakeem mengangguk. “Kalau boleh majlis tu biar cepat. Kita tak boleh tangguhkan dah”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience