BAB 10

Romance Completed 5141

AATHIF memandang tajam insan-insan yang berada di hadapannya ini. Abang Akim dan Kak Ifah yang sudah dianggap seperti abang dan kakaknya sendiri serta Aneesa, isteri yang sudah tiga bulan dinikahinya. Dia mengeluh. Mengapa mereka kembali ke sini? Hendak menyakitkan hatinya lagi?

“Thif, abang merayu sekali lagi, jangan marahkan Neesa, dia tak salah. Dia tak tahu apa-apa pun pasal benda ni”. Hakeem memandang dalam-dalam anak mata Aathif. Meminta simpati.

“A’ah. Kami yang salah. Neesa tak terlibat. Kesian dia, Thif”. Giliran Afifah pula bersuara. Aneesa yang sudah mengalirkan air mata hanya tunduk menekur lantai.

“Kesian? Habis Thif ni tak kesian pula? Sakit tau rasa bila dipergunakan. Rupanya kehadiran Thif hanya sebagai lubuk duit, kan? Buat apa datang sini lagi? Tiada keperluan. Lagipun Thif dah bank in duit tu,”sinis kata-katanya bagai belati menghiris perasaan mereka bertiga.

“Tak sangka ada udang di sebalik batu. Abang ingatkan Neesa ikhlas”.

Aneesa mengelap air mata yang tumpah. Pedih rasanya apabila dituduh sebegitu oleh suami yang dicintai.

Tetapi sungguh, dia tidak tahu-menahu pun akan perkara ini. Dia turut berasa kecewa dengan kakak dan abang iparnya. Sanggup mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri.

“Thif, kalau masih ada simpati Thif untuk abang, abang merayu tolong maafkan Neesa. Abang sedar, abang ni memang teruk. Dahlah tamak sampai syarikat arwah ayah abang jatuh muflis, kemudian abang memperjudikan nasib adik ipar sendiri hanya untuk kepentingan abang. Lagi, abang pergunakan Thif dalam perkara ni. Abang rasa bersalah sangat. Abang nak mintak tolong. Tolonglah, ambil semula Neesa. Dia makin kurus sejak dia berpisah dengan Thif. Kami ajak makan dia tak nak. Asyik berkurung saja dalam bilik”.

Dari ekor matanya, Aathif memerhatikan isterinya yang makin cengkung . Geram pula apabila Aneesa hanya mendiamkan diri dari tadi.

“Abang tak tahu nak cakap apa Neesa. I’m really stupid. I was really mad and frustrated a month ago, and I still love you,”luahnya sayu. Memang benar. Perasaan cintanya tidak dapat dikikis walaupun selepas dia mengetahui perkara itu. Setiap malam, hatinya makin rindu akan gelak tawa dan gurau senda Aneesa. Senyumannya, kasih sayangnya, arghh!

“Abang, jangan cakap macam tu. Neesa yang bersalah. Sejak dia orang bawa Neesa pergi, Neesa rasa menderita sangat. Neesa tak dapat tengok muka abang, cakap dengan abang. Neesa call pun abang tak angkat. Neesa rindu sangat kat abang. Neesa mintak maaf, bang”. Aneesa memeluk lutut suaminya. Sungguh, dia tidak pernah lupakan lelaki ini walau sesaat.

Aathif yang terkejut dengan perbuatan Aneesa itu mengangkat Aneesa supaya bangun menghadapnya. Dia tersenyum.

“Neesa, kalau boleh diukir hati abang dengan nama Neesa, dah lama abang buat. Masalahnya tak boleh. Sebab dah terukir lah abang tak boleh lupakan Neesa. Abang akui, abang rasa sunyi sangat dalam tempoh sebulan tu. Bila tengok Neesa datang hari ni, hati abang rasa berbunga-bunga. Abang cintakan Neesa. Only you”.

Aneesa tersenyum. Dia memeluk Aathif. Erat. “Terima kasih, abang. Neesa bersyukur sangat abang bagi Neesa peluang kedua. Abang….”. Aneesa menarik nafas sedalamnya. “Neesa…Neesa mengandung. Dua bulan”.

Aathif meraup wajahnya tanda bersyukur. “Alhamdulillah. Abang pun nak minta maaf dekat Neesa sebab tak berfikiran matang sebulan lepas. Abang terlalu ikutkan perasaan”.

Aneesa menggariskan senyuman manis khas buat suaminya. “Tiada manusia yang sempurna di dunia ni, bang”.

“Thif….”. Hakeem ingin meminta maaf tetapi suaranya bagai tersekat di kerongkong.

“Thif maafkan abang Akim dengan Kak Ifah jugak. Thif sedar, manusia memang banyak buat silap. Insan itu sendiri bermaksud pelupa. Dendam hanya akan memburukkan keadaan, kan?”.

“Alhamdulillah. Terima kasih Thif. Kami takkan sia-siakan peluang kedua ni”.

Aathif dan Aneesa saling berpandangan. Biar mata berbicara. Melepaskan rindu yang terpendam buat sekian lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience