BAB 3

Romance Completed 5141

“ASSALAMUALAIKUM”. Hakeem memberi salam.

“Waalaikummussalam. Eh, Abang Akim. Akak! Your hubby’s home!”jeritan Aneesa ni agaknya satu kawasan perumahan tu boleh dengar.

Tergesa-gesa Afifah ke ruang tamu. Dia menyalam tangan Hakeem dan mengucupnya.

“Abang nak air?”soal Afifah prihatin. Riak wajah suaminya yang kepenatan itu dipandangnya penuh kasih.

Hakeem mengangguk lemah. Dia bersandar di sofa. Bukan sahaja badan yang penat, mindanya pun penat.

Wajah Hakeem yang sugul itu menimbulkan tanda tanya di hati Aneesa. Tetapi, dia tidak mahu bersangka yang bukan-bukan. Mungkin dia penat kot.

“Neesa dah makan?”tanya Hakeem sekadar berbasa-basi. Tidak mahu dikategorikan sombong pula.

Belum sempat Aneesa menjawab, ada tubuh kecil yang meluru ke arah Hakeem. “Abah, tadi kan, dekat tadika kan, Izz buat dinosaur dengan tanah liat,”petah anak kecil itu bercerita.

“Yeke? Mesti cantik kan sayang?”. Hakeem mengelus-elus rambut satu-satunya permata hatinya itu. Walaupun penat, anaknya sentiasa diutamakan.

“A’ah. Cikgu cakap cantik. Mama dengan Mak Su pun cakap cantik. Nanti Izz tunjuk kat abah”.

Afifah datang ke ruang tamu sambil menatang sebuah dulang. “Air, bang,”penuh sopan sebuah gelas yang berisi jus itu dihulurkan kepada suaminya.

“Thanks. Actually, abang ada hal penting nak cakap,”ucap Hakeem serius.

“Neesa, bawak Izz masuk bilik,”arah Afifah.

Pantas tubuh kecil itu didukung Aneesa. “Jom, sayang. Kita main puzzle, nak?”

“Nak!”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience