BAB 4

Romance Completed 5141

“SYARIKAT tu dah muflis. Syarikat yang arwah ayah usahakan dah muflis. Abang nak buat macam mana ni? Duit simpanan tinggal RM15 ribu saja. Anak kita nak bagi makan apa nanti?”. Hakeem memegang kepalanya yang berdenyut-denyut.

Afifah mendiamkan diri sebelum meneruskan kata “Dah takdir. Kita nak buat macam mana, dah sampai masanya. Bukannya abang tak boleh cari kerja lain,”pujuknya.

“Memangla. Tapi abang kena bayar hutang lagi dua ratus ribu. Mana nak cekau duit banyak tu waktu macamni?”

“Takpe. Ifah boleh jual kereta Ifah tu”.

Hakim melepaskan keluhan. “Abang dah kira. Kalau jual kereta Ifah campur kereta abang, ada baki enam puluh ribu lagi. Takkan nak jual rumah ni pulak”.

Afifah tunduk. Turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka.

“Ni semua salah abang. Abang patutnya dengar cakap Is, jangan melabur pada syarikat tu. Tapi, abang gelojoh. Abang buat pelaburan besar pada syarikat yang tak semaju mana tu walaupun faedahnya tinggi. Yang abang tahu, nak cepat kaya. Abang sepatutnya kaji dulu”.

Hakeem menyesal kerana berdegil dan tidak mahu menerima nasihat sepupunya, Iskandar.

“Tiada guna menyalahkan takdir, bang. Ni semua ujian daripada-NYA. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Kita sebagai hamba kena redha.”.

“Izz macam mana nanti?”sayu suara Hakeem.

“Kita ikhtiar kemudian,”bergetar suara Afifah sewaktu menuturkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience