BAB 5

Romance Completed 5141

“NEESA, akak tak tahu nak buat apa dah,”adu Afifah. Hal itu baru sahaja dikhabarkan kepada adiknya pada hari ini.

Aneesa hanya memandang sayu wajah Afifah dan Hakeem silih berganti. Patutlah dilihatnya abang iparnya itu sudah empat hari tidak ke pejabat. Hari ini, kakaknya menjual pula kereta Honda City nya.

“Apa kata Neesa bagi duit dua puluh ribu yang dalam simpanan Neesa tu,”cadangnya.

Hakeem menggeleng pantas. “Jangan jadi gila, Neesa. Tu duit yang mak dan ayah Neesa tinggalkan untuk Neesa. Untuk kegunaan Neesa. Abang taknak makan harta anak yatim”.

“Habis, nak buat macam mana. Neesa pun tengah kering idea sekarang ni”. Jus oren di dalam gelas itu dihirupnya.

Afifah mencium ubun-ubun Izz yang sedang berada dalam dakapannya. Sayu memikirkan nasib yang mungkin menimpa anak kecil ini.

“Assalamualaikum,”kedengaran satu suara garau memberi salam.

“Waalaikummussalam,”jawab mereka serentak.

“Aneesa, kan?”tanya Aathif. Bagaikan mimpi pula dapat bertemu dengan gadis itu di sini. Kebetulan yang sungguh membahagiakan!

“Ya saya. Encik ni siapa?”. Aneesa masih tidak dapat mengecam wajah kacak itu.

“Saya Aathif. Kita accident kat airport minggu lepas. Memang kita berjodoh la”. Aathif tersenyum penuh makna. Aneesa yang ayu bertudung itu dipandangnya sekilas.

Accident? Ada ke? Setelah puas memerah otaknya, barulah dia ingat. Oh, that Mr Hottie!

“Oh. Sorry lupa. Buat apa kat sini?”tanya Aneesa sekadar berbasa-basi. Dalam mood begini, siapa yang rajin nak berborak?

“Saya balik Malaysia. Kena tolong uruskan syarikat. Err… ni siapa?”tanya Aathif yang lebih merujuk kepada Hakeem.

“Ni abang ipar saya. Yang ni kakak saya”.

“Hakeem,”ujar Hakeem sambil berjabat tangan dengan Aathif.

“Aathif Hadif. Panggil Aathif je”.

“Kalau tak keberatan, saya nak tanya sesuatu. Encik Aathif ni anak Datuk Ishaq ke?”tanya Hakeem ragu-ragu.

“Ya. Kita pernah jumpa ke? Encik Hakeem kenal ayah saya?”.

“Oh. Saya kenal dia. Saya pernah dengar nama Encik Aathif sebelum ni”. Hakeem menggariskan senyum manis. Mustahil lah orang yang berkecimpung dalam bidang perniagaan sepertinya tidak kenal nama besar seperti Datuk Ishaq.

Aathif mengangguk. “Boleh saya minta nombor telefon Encik Hakeem?”tanya Aathif sopan. Haruslah sopan. Bakal abang ipar ni. Hehe perasan kau Aathif. Dia punya rancangan tersendiri meminta nombor lelaki ini.

“Boleh”. Hakeem berbesar hati untuk bertukar nombor telefon dengan Aathif. Mana tahu dia boleh memohon pekerjaan di syarikat Datuk Ishaq nanti.

Afifah memandang adiknya. Meminta penjelasan. Aneesa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Apa kes baru jumpa dua kali dah jadi begitu ramah. Musykil juga.

“Okey lah. Kami gerak dulu,”Hakeem yang sudah senang hati menyalami tangan Aathif.

“Assalamualaikum”.

“Waalaikummussalam”.

Aathif memandang telefon bimbitnya. Dia tersengih. Lepas ni, Aneesa will be mine! Sejak peristiwa di lapangan terbang tempoh hari, hidupnya ibarat mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Sekarang, dia hanya inginkan Aneesa menjadi haknya. Ya, itu tekadnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience