Rate

BAB 4

Romance Completed 2876

Intan cuba berjalan meninggalkan Radzi yang terpingga-pingga. Radzi berasa serba salah dan membiarkan Intan melangkah meninggalkannya.

Radzi berusaha mencari fac Intan demi mengenal lebih rapat Intan. Nasibnya begitu baik apabila hisham yang merupakan kawan baik Radzi dan juga senior Intan di fakulti mengetahui fac Intan.

Dengan seberapa pantas yang boleh, Radzi mengapai laptopnya dan mencari nama Intan batisha. Akhinya menjumpai fac Intan dan dia berharap Intan akan menerimanya sebagai kawan.

“harap dia terima aku la...tapi aku dah tukar profile picture mesti dia tak perasanlah nanti.”cuba menenangkan dirinya.

Intan menerima Radzi sebagai rakan facnya. Ketika ini juga Radzi memfokuskan hanya pada Intan dalam facnya. Cepat-cepat Radzi menghantar mesej pada Intan di ruangan PM.

Radzi -“nama awak Intan rupanya..kan senang bagitau ari tu..

Intan -“eh...awak siapa ? kita pernah kenal ke?

Radzi -“saya kapten pasukan Lion Pom Pom. Awak dah lupa ke ?”

Intan -“Oh mamat yang berlagak poyo tu ke? Haruslah kenal. Siapa je yang menyerlah dengan kepoyoan tempoh hari kalau bukan awak seorang.

Radzi -Amboi gurau kasar nampak, not bad juga awak ni kelakar orangnya. Senanglah.

Intan - Senang? What do you mean?

Radzi - Maksud saya senanglah untuk saya berkenalan dengan lebih rapat lagi, jangan fikir negative sangat boleh tak?

Intan - Okay fine.

Hari demi hari, masa demi masa Radzi dan Intan menjadi kawan yang baik dan selalu berkongsi cerita tapi bukan cerita peribadi. Radzi merasakan dia sudah menjumpai cinta sejatinya setelah lama single. Mereka menjadi seperti belangkas dan bersama dalam pelbagai hal. Radzi merasa sangat selesa dan mulai sayang terhadap Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience