Rate

BAB 1

Romance Completed 2876

Hujan gerimis mengundang rasa terharu buat pelajar-pelajar di UITM Tatkala ini kelihatan ramai yang melelapkan mata masing-masing untuk menghayati lena tidur disulami kesejukan hujan.

Namun tidak bagi Radzi. Radzi watak utama bagi cerita ini. Radzi merupakan pelajar yang selalu merendah diri dan tidak pandai untuk menunjukkan bakat yang dia ada. Sikap Radzi yang kadang-kadang lurus bendul memberi peluang kawan-kawan yang lain untuk membulinya namun semua itu cerita lama.

SEMESTER AKHIR “Hujan-hujan ni kau nak merayau ke mana Radzi oi?” kata Baharin yang merupakan teman sebiliknya.

“aku ada kerja sikit ni..penting sangat kot..”katanya sambil tersenyum.

“Merayau-rayau ni kalau ada awek takpe juga, kau jangan buat benda tak berfaedah sudahlah.. Buat-buat tergesa-gesa pulak aku tengak ko.”perli Baharin.

“hai....setiap kali aku nak keluar ko mesti cakap benda yang sama. Awek2 ni tak pentinglah dan aku sedar siapa diriku ini.”katanya sambil berlawak jenaka.

Baharin hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja temannya itu keluar dalam keadaan hujan yang belum reda. Radzi yang dalam keadaan tergesa-gesa mengambil motornya dan menuju ke arah luar pagar kolej 12.

Arah tujunya merupakan padang bola kerana perlawanan bola sepak antara kolej akan diadakan pada minggu hadapan. Semangatnya yang berkobar-kobar memang tidak boleh disangkal lagi. Di benak fikirannya hanya bola, bola dan bola.

Dalam keadaan hujan lebat langsung tidak difikirkannya yang penting hatinya berkata dia ingin menang dan menjadi juara.

Bola ditendang sekuat hati di hadapan pintu gol dan Radzi menjerit sekuat hati tanda puas dapat menjaringkan gol meskipun dia tahu itu hanyalah perlawanan latihan. Baju kotor, badan penat langsung tidak dipedulikannya asalkan puas bermain bola.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience