Rate

BAB 2

Romance Completed 2876

DI HARI KEJOHANAN BOLA SEPAK

Kelihatan semua pasukan sudah bersedia namun pasukan Radzi yang dikenali sebagai Lion Pom Pom masih tidak sampai-sampai. Pasukannya yang merupakan juara bertahan pada tahun lepas menjadi harapan budak-budak kolejnya.

“lamanya budak-budak ni...tahulah juara tahun lepas.”bebel Izreen yang merupakan kawan baik Radzi.

“si Radzi pun satu kaki poyo bajet star main tak adalah hebat sangat pun. Katanya sambil diiringi gelak tawa bersama budak-budak perempuan yang sememang suka bergosip.

Tak lama kemudian hadirnya pasukan yang dikatakan poyo oleh Izreen dengan semuanya berbaju merah menyala dengan harapan membuat team pihak lawan takut.

“Datang juga kau akhirnya, aku mesti bajet bajet superstar kan?”..kata Izreen sambil tersenyum.

“eh..ko ni salah ke aku jadi star. Aku berusaha pun sebab kolej kita jugak kan?kata Radzi sambil ketawa.

“yela ko...ko buat yang terbaiklah..kitaorang semua sokong korang ni. Bagi kolej kita menang lagi ya.”Izreen akhirnya berlalu bersama-sama kawannya.

Seperti yang diramal, akhirnya pasukan Lion Pom Pom akhir masuk ke final bertemu Malu Malu Kucing yang merupakan kolej ketujuh. Di saat bola berada di kakinya dan membawa ke arah pintu, Radzi terpaku seketika apabila seorang pelajar perempuan melintasi belakang pintu gol pihak lawan. Radzi terpaku dan akhirnya bola dirampas.

“Radzi ko men bola ke ko nak tengok perempuan?”jerit Baharin dan beberapa kawan yang lain yang merupakan peminat setia Lion Pom Pom.

Kelihatan Intan berjalan bersama kawan-kawannya bagi menyaksikan kolejnya iaitu Malu Malu Kucing. Intan merasa kurang selesa apabila Radzi memandangnya seperti Lion Pom Pom. Dia memalingkan muka dan mengambil tempat bersama kawan-kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience