Rate

BAB 3

Romance Completed 2876

Radzi berasa penah melihat pelajar tersebut. Hatinya seperti terkunci tanpa menghiraukan tomohan dan kata-kata orang yang berada diluar. Kedudakan masih 0-0 hingga ke minit 70.

“dia datang tengok bola jugak rupanya.”hatinya mula berbisik.

“kenapa aku rasa macam dah jatuh cinta ni..”dia bermonolog dalam hatinya.

Radzi menjadi begitu bersemangat melihatkan gadis tadi datang menonton bola. Pada minit ke 90 satu lorongan cantik dihantar kepada Radzi dan akhirnya satu rembatan dilakukan dan gol telah dijaringkan oleh Radzi.

Semua yang berada di situ bersorakan dan menjerit memanggil nama Radzi sebagai hero Lion Pom Pom. Radzi menjerit sekuat hati dan mengangkat tangan sebagai tanda syukur. Di sebalik meraikan jaringan tersebut dia sempat menjeling ke arah Intan dan melemparkan senyuman. Intan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana melihatkan kolejnya kalah lagi pada tahun ini.

“ko memang hebatlah. Tahniah la menang lagi tahun ni..” Izreen melemparkan kata-kata pada Radzi.

“akhirnya pemain harapan ni juga yang jaringkan gol!” katanya sambil bermegah.

“Hek eleh kau tak payah nak berlagak, tu gol nasib jelah. Aku pun boleh jaringkan gol sambil tutup mata kalau macam tu okay.” Radzi tersengih dan matanya melilau mula mencari Intan.

“awak yang baju hitam tu.....panggil Radzi sambil menunjukkan pingat yang dipegangnya. Intan menjadi rimas namun masih melemparkan senyuman.

“tahniahlah kolej awak menang lagi tahun ini.”Radzi menguntum senyum mendengarkan kata-kata Intan itu.

“Tak salahkan kalau kita berkenalan? Boleh saya tahu siapa nama awak?..” Tanya Radzi membuatkan Intan tersipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience