Rate

BAB 6

Romance Completed 2876

8.30 Malam, Central Market.

Melihat peminta sedekah dan penyanyi jalanan membuat hari Radzi sebak dan mengucapkan syukur kerana sehingga ke hari ini Allah masih memberikannya kesempatan untuk meneruskan hidup dengan serba cukup dan sempurna.

Radzi meletakkan not RM50 kepada seorang pakcik tua yang buta.

“terima kasih ya nak, semoga murah rezeki.” Ujar pakcik tua itu.

Pak cik..pak cik tinggal dimana? Mari saya tolong pakcik.

“Tak mengapa nak, pakcik dah biasa, pakcik pada zahir memang buta tapi itu tak mengapa asal saja jangan hati kita ini buta. Hidup di dunia memang banyak cabaran meski kita hidup untuk sementara tapi ia bukan alasan untuk kita menyakiti sesiapa.” Laju sahaja kata-kata itu terpacul dari mulut lelaki tua itu dan Radzi begitu terkesan akan kata-kata itu, mungkin kerana dia sedar dia telah banyak melakukan kesalahan.

“pak cik..saya telah melakukan kesalahan kepada kaum hawa..saya rasa bersalah sangat.....”luah Radzi ketika mereka berdua sedang menunggu bas.

“Jika anak menyedari kesalahan itu, Alhamdulillah. Ingatlah selalu nak tidak elok kita menyakiti atau merosakkan kaum hawa, meskipun mereka lemah kita harus ingat bahawa sebab mereka kita lahir di dunia. Ingatlah nak kalau kita merosakkan dan melukakan hati mereka azabnya begitu besar disana..nak...jauhilah zina jika berlaku bertaubatlah.’bertubi-tubi nasihat diberikan kepadanya dan Radzi menerimanya dengan hati terbuka.

“Pakcik dah salah faham, tapi tak mengapalah. Saya mencintai seseorang tetapi saya perlu lepaskannya kerana saya merasa saya belum cukup baik untuknya.

“Eh macam itu pula nak, nak, kamu harus bersyukur. Sekurangnya kamu sihat tubuh badan..kamu perlu lihat mereka yang lagi teruk hidupnya atau serba kekurangan seperti pakcik. Kalau sayang, jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan tapi kamu buktikan kasih sayang kamu itu padanya. Berusahalah untuk mengambil hati dan menyayanginya dengan ikhlas, selebihnya serahkan pada Allah. “ nasihat pakcik itu lagi dan saat itu juga Radzi seakan mendapat semangat baru dalam hidupnya.

Radzi percaya pertemuannya dengan pakcik itu punya asbab yang tersendiri namun kini dia sudah dapat melihat dengan jelas apa yang dia mahu. INTAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience