Rate

BAB 5

Romance Completed 2876

30 HARI KEMUDIAN

Radzi meluahkan perasaannya kepada Intan. Intan terkejut dan cuba berdiam sahaja.

Radzi terpaku dan rasa keliru.

“aku ada buat salah ke? Aku jujur betul2 bukannya main-main “hatinya berbisik.

Esok,lusa dan berminggu-minggu Intan tidak kelihatan on9 dalam facnya. Mesej juga tidak dibalas.

“ko nape sekarang aku nampak serabut macam kera ni..dahlah rambut macam penyapu dah aku tgk ko ni..apa2 hal ko boleh cite kat aku.” Baharin cuba mengenalpasti masalah kawannya.

“kalau kita luahkan perasaan kat seseorang..memang org tu akan lari pastu sembunyikan diri ke ? aku tak fahamlah apa silap aku.

“eh ko ni...memanglah kalau dia tak sedia tak pun dia dah ada bf. Ko ni betul-betul ke dah jatuh cinta. Aku ingat ko ni gay..layan bola je 24 jam.” Baharin seakan perli.

“ko tak paham..aku memang gila bola tapi aku kan manusia dan aku ada rase cinta antara dua insan. Aku rasa aku dah jupe cinta hati aku la.” Radzi membuat muka bersalahnya.

“ko sabarlah..ko pegi solat hajat pastu mintak petunjuk ilahi..kita ada tuhan dan doa adalah senjata kita bila kita ada masalah.”Baharin cuba memujuk hati keras Radzi.

Selesai menunaikan solat hajat, hati Radzi menjadi semakin tenang. Kalau sebelum ni jika dia stress pastinya speaker sony gear yang akan bergema sehingga menganggu kedamaian jiwa pelajar lain.

Keesokan harinya sebuah pesanan ringkas diterimanya.

Assalammualaikum, awak, maafkan saya andai saya ada buat awak terasa hati tapi saya ingin awak tahu yang saya masih belum bersedia. Saya lebih selesa jika kita hanya berkawan dan saling mengenali hati budi terlebih dahulu. Saya minta maaf ya.

Intan.

Radzi cuba membalas mesej itu namun berjam-jam masih tidak juga Intan tidak membalasnya. Hari demi hari Radzi berfikir dan kadang2 cuba melupakan Intan. Namun masih tidak boleh melupakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience